03 June 2013

Dakwa segera pemilik tanah tarah Bukit Gambir - Kon Yeow

DARI KANAN: Chow Kon Yeow, Ang Aing Thye, Roslan Ramly dan Addnan Mohd. Razali mengadakan sidang media selepas meninjau lokasi tarahan tanpa kebenaran MPSP di puncak Bukit Gambir baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil langkah perundangan ke atas pemilik tanah Cangkat Bukit Gambir yang didakwa memugar tanah persendirian itu tanpa kelulusan majlis.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya masih menunggu proses pengesahan pemilik tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) negeri sebelum mengemukakan laporan penuh kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Dalam kes ini, tuan tanah telah mengabaikan tanggungjawab perundangan kerana memulakan kerja (memugar tanah bukit) tanpa kelulusan (MPSP)," katanya selepas melawat tapak berkenaan pada 27 Mei lepas dekat Batu Uban.

Setiausaha bagi MPPP, Ang Aing Thye, Roslan Ramly (Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPPP), Ir. Addnan Mohd. Razali (Pengarah Jabatan Kejuruteraan) turut hadir pada sidang media itu.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata, pihaknya telahpun menyerahkan notis pemberhentian operasi serta-merta kepada pihak yang dipercayai sebagai tuan tanah bagi mengelak kesan berantai lain seperti hakisan tanah serta tanah runtuh di kawasan kediaman berdekatan.

Terdahulu, beberapa akhbar tempatan pada 18 Mei lepas dilapor mendedahkan mengenai aktiviti penarahan tanah bukit melebihi ketinggian 250 kaki dari paras laut.

Difahamkan, sebahagian dari kawasan tarahan itu berkecerunan melebihi 25 darjah dan dianggap berbahaya bagi warga setempat.

Dalam perkembangan sama, Aing Thye semasa disoal balas oleh wartawan berkata, pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti tujuan sebenar tanah persendirian itu ditarah. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus