06 September 2018

Kenapa Jobs Guarantee Scheme wajib dilaksanakan terlebih dahulu sebelum Dasar Gaji Minimim?


PENULiS selalu bertanya dalam diri sendiri, dalam konteks wacana teori kewangan moden - mengapa tidak Ringgit diikat pada nilai tenaga buruh bekerja sejam, kalau duit kertas kita dahulu (gold standard erapernah diikat pada nilai emas?



SEJAK 26 Oktober 2018 lagi, telah saya menulis bahawa cadangan Pemuda Pakatan Harapan untuk melaksanakan Gaji Minimum RM1,500 sebulan akan gagal.


Dengan tidak ada sokongan (support system) secara program real material dan ikatan perundangan bagi merealisasikan hasrat pemuda Pakatan Harapan, maka cadangan itu hanya kekal sebagai cadangan sahaja.


Berkali-kali saya membawakan perumpamaan yang nakal, cadangan mereka seumpama seseorang lelaki yang mahukan cahaya mata, tetapi memadai dengan memasang video pornografi sambil melancap sampai tersembur air mana, mustahil untuk dapat anak. Kena ada program sokongan, seperti mengorat melalui Facebook, ajak dating, merisik dan meminang lalu berkahwin dengan wanita pilihan. Selepas itu kena ‘berusaha’ sampai isteri mengandung, selamat 9 bulan mengandung, barulah dapat anak mudah-mudahan. 


Satu-satu dasar negara tidak akan boleh berjaya sepenuhnya dengan berkata Kun Fayakun (maksud: Jadi, maka jadi lah) semacam Allah S.W.T. sebut dalam Al-Quran, melainkan wajib ada support system untuk menjayakannya.


5 September, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan dan RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.


Saya ingat, kalau tiada sistem sokongan, kadar baru ini sendiri pun mungkin gagal dilaksanakan secara holistik.


APA SISTEM SOKONGAN?


Jobs Guarantee Scheme atau Skim Jaminan Kerja adalah contoh sistem sokongan yang wajib Kerajaan Persekutuan sendiri wujudkan secara material.


Melalui skim tersebut, Kerajaan Pusat menetapkan kadar upah buruh minimum sejam di negara ini adalah RM10.


Melalui skim ini, Kerajaan Persekutuan sendiri berbelanja lebih untuk sektor-sektor sasaran, demi memastikan pengangguran pada lantai sifar di negara ini.


Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Persekutuan sendiri mengambil bahagian dalam mencukupkan kadar gaji minimum RM1500 sebulan. Contohnya, majikan menawarkan gaji RM1,100 sebulan dan bagi rakyat yang menyertai Job Guarantee Scheme ini, layak lah menerima tambahan RM400 lagi daripada Kerajaan Persekutuan untuk satu tempoh tertentu.


Katakan lah dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan skim ini, secara real kita akan mendapati lebih ramai pekerja akan mengikuti skim ini, berbanding bekerja langsung dengan mana-mana dengan gaji di bawah RM1,500.


Dengan sistem sokongan ini, selepas tempoh tiga tahun tersebut, secara implisit, majikan sendiri pun tidak akan menawarkan gaji di bawah RM1,500 kerana mereka sendiri percaya sukar lagi untuk mendapat tenaga kerja ketika kadar pengangguran adalah hampir pada lantai sifar. 


PERUNDANGAN


Selain itu, Kerajaan Pusat juga perlu menggubal serta meminda semula sistem perundangan negara, demi memanipulasi pergerakan modal dalam pasaran dan ekonomi negara. 


Contohnya meminda semula Akta Francias 1998 (Pindaan 2012) sedia ada, dengan mewajibkan bayaran gaji minimum RM1,500 sebulan ataupun RM10 sejam bagi syarikat francais yang mendapat untung kasar RM25,000 sebulan ataupun RM300,000 setahun.


Melalui pindaan sebegini, sebenarnya Kerajaan semacam memanipulasi pasaran modal dalam ekonomi, demi membelah buruh terbanyak.


Mengapa? Supaya pekerja bagi syarikat francais seperti McDonald, KFC dll dapat menikmati gaji RM1,500 atau RM1,600 sebulan, tanpa Kerajaan Persekutuan sendiri perlu berbelanja lebih melalui Jobs Guarantee Scheme.


Bagi majikan seperti penjaja kecil berlesen, yang hasil kasar bulanan mungkin di bawah RM25,000 juga tahu bahawa mereka tidak akan terbeban, melalui akta ini. 


Sebaliknya, majikan dan pekerja akan menimba manfaat langsung daripada Persekutuan, sekiranya menyertai Job Guarantee Scheme ini.


Ini juga adalah satu lagi contoh sistem sokongan dalam rupa pendekatan perundangan yang lebih progresif. 


KESIMPULAN 


Kalau difahami bagaimana satu-satu support system ini bekerja, kita akan faham kenapa pentingnya Kerajaan Persekutuan melaksanakan Jobs Guarantee Scheme terlebih dahulu sebelum pelaksanaan Gaji Minimum.


Selagi Kerajaan Persekutuan tidak mengikat nilai Ringgit Malaysia secara mandatori pada RM10 bagi sejam bekerja, selagi itu kadar pengangguran dalam negara tidak boleh ke lantai sifar. 


Selagi kadar pengangguran tidak berada pada lantai sifar, maka penetapan gaji minimum juga tidak akan berjaya sepenuhnya. 


Ini kerana, reserve army iaitu tenaga buruh yang ditawarkan dalam sektor pekerjaan adalah melebihi permintaan tenaga buruh, sehingga membawa pada upah buruh termurah. 


Contoh, penganggguran yang tinggi kerana Kerajaan Pusat tidak mengikat nilai ringgit dengan RM10 nilai tenaga buruh bekerja melalui skim jaminan pekerjaan ini, pengangguran yang tinggi akan wujud, rakyat sanggup bekerja (sama ada warganegara ataupun buruh asing) dengan upah yang lebih murah (contohnya RM5.50 sejam) demi mengeluarkan diri daripada keadaan hidup menganggur.


Dalam Sistem Kewangan Moden memang telah dibincangkan, mengapa tidak nilai wang diikat pada masa waktu bekerja, sedangkan nilai wang pernah diikat pada nilai emas dulu. Bayangkan!


Pun begitu, memanglah belanja fiskal Kerajaan Persekutuan akan meningkat untuk membiayai Jobs Guarantee Scheme ini, namun, kadar pengangguran akan jatuh ke lantai sifar.


Kesan berganda (multiplier effect) yang lain, antaranya:


• Kapasiti pengeluaran dalam ekonomi akan meningkat; 


• Saiz ekonomi akan berkembang sihat; 


• Kuasa membeli dan kuasa produktiviti meningkat;


• Lebih banyak hasil dalam bentuk cukai boleh dikutip oleh Kerajaan kerana golongan buruh terbanyak ada duit untuk belanja harian; dll. 


Perbelanjaan fiskal untuk program material sebegini - Jobs Guarantee Scheme - adalah selari dengan pendapat umum ekonomis konvensional.


Iaitu, kadar pengangguran akan meningkat apabila ekonomi meleset; dan Kerajaan pula akan meningkatkan perbelanjaan fiskal untuk membekalkan duit dalam ekonomi serta mengurangkan kadar pengangguran rakyat pada  waktu itu.


Jika difahami gambaran penuh di atas, akan kita faham mengapa Job Guarantee Scheme perlu dilaksanakan terlebih dahulu sehingga jumlah pengangguran pada lantai sifar, dan selepas itu baru lah dilaksanakan Dasar Gaji Minimum.


Bayangkan.



“UNTUK RAKYAT TERBANYAK, BUKAN SEGELINTIR PUAK”


“For The Many, Not The Few”



#DEKPOS  #ManifestoMerah  #ModernMonetaryTheory 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus