19 June 2018

Punca nilai pelaburan KWSP lesap RM6.09 bilion...


PENULiS di Kubu Belanda dekat Pulau Pangkor, petang 18 Jun 2018.


Sebelum PRU14 lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad banyak kali berdakyah kononnya Malaysia akan bankrap jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri.

Selepas menjadi Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir berdakyah pula bahawa hutang negara mencecah lebih RM1 trilion.

Atas dakyah hutang negara cecah RM1 trilion ini lah, Dr Mahathir menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM), untuk rakyat menyumbang, kononnya untuk membayar balik hutang negara.

Dengan semua dakyah Dr Mahathir ini, mampukah menurunkan hutang negara?

Andai hutang negara dilangsaikan secara besar-besaran, apakah impak berantai pada ekonomi negara, sistem kewangan dan rakyat terbanyak?

Benda ini dibincang dalam ekonomi mikro negara, secara umumnya disebut sectoral balances.

Umumnya, imbangan fiskal kerajaan merupakan salah satu daripada tiga sektor kewangan utama (Financial Sectoral Balances) dalam ekonomi negara, selain sektor kewangan asing dan sektor kewangan swasta.

Contoh 1:
Andaikan A pinjam Maybank RM100,000. A beli rumah B

Contoh 1 ini adalah gambaran satu sektor dahulu, iaitu private sector.

Dalam Contoh 1 di sini ada tiga pihak iaitu A, B, dan bank. 

Semua pihak ini adalah dalam satu sektor yang sama, dipanggil sektor kewangan swasta (private financial sector).

Dan, dalam sektor kewangan swasta ini ada dua sektor. Pertama, sektor individual iaitu A dan B. Kedua, perbankan iaitu Maybank.

A punya pinjaman RM100,000 adalah sama dengan aset/deposit B berjumlah RM100,000. 

Maka, ia adalah saling berimbang (balances out) pada angka sifar (0).

Angka sifar sebab B punya savings adalah A punya pinjaman. Memang, akan sifar.


Contoh 2
Ini, contoh lanjutan pada Contoh 1.

Contoh 2 ini kita bawa dua sektor utama pula, iaitu Private Financial Sector dan sektor kerajaan (government fiscal balances).

Selain masih ambil kira contoh, kita tambah satu lagi sektor utama, iaitu sektor kerajaan (government fiscal balances).

Andaikan A tetap pinjam Maybank RM100,000 untuk beli rumah daripada B seharga RM100,000 juga. 

Dan, pada masa yang sama A dapat gaji daripada Fed Govt RM50,000 setahun. 

Walaupun A berhutang daripada Maybank RM100,000, jumlah tunai yang dimiliki (total savings) dalam ekonomi negara adalah RM150,000 iaitu RM50,000 gaji A ada dan ditambah dengan RM100,000 aset/deposit yang B ada. 

Walaupun A berhutang hutang RM100,000, RM50,000 yang A ada adalah dikira simpanan bersih (net savings) bagi kedua-dua sektor utama dalam ekonomi negara. 

RM100,000 yang A pinjam daripada Maybank serta RM100,000 aset/deposit yang B ada tidak lagi dikira sebab kedua-duanya adalah sektor yang sama (iaitu Private Financial Sector).

Dan, net savings RM50,000 gaji tahunan yang A dapat itu adalah berpunca oleh sektor lain, iaitu government fiscal balances.

RM50,000 gaji yang Kerajaan Persekutuan bayar kepada A itu adalah sama dengan maksud Kerajaan Persekutuan belanja defisit RM50,000.

Andai Kerajaan Persekutuan bayar gaji kepada A RM49,000,  maka belanja defisit Kerajaan Persekutuan pun adalah RM49,000 juga.

Fahamnya di sini, apabila wujud belanja defisit dalam sektor government fiscal balances, baru lah kita dapat lihat net savings wujud dalam Private Financial Sector.

Sebab itu saya bertanya, kalau pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad potong perbelanjaan (cut spending), macam mana ekonomi nak bertumbuh dan berkembang?

Apabila pentadbrian Perdana Menteri Ke-7 membatalkan projek MRT III dan HSR yang nilai keseluruhannya adalah kira-kira RM120 bilion umpamanya, maka net saving yang patut wujud dalam Private Financial Sector pun dengan sendirinya lesap.

Kalau ambil contoh dua sektor utama ini, memang ia nampak seperti bayang yang terpantul di cermin. (lihat graf di bawah.

Kepincangan berbelanja dalam government fiscal balances memang akan menjejaskan keadaan dalam Private Financial Sector.




Kalau tengok secara individu memang tak nampak benda yang disebut di atas ini. 

Kalau dilihat satu-satu sektor, baru lebih jelas kedudukan total savings dan net savings dalam ekonomi. 

Sebab itu, ia dipanggil Sectoral Balances.


Contoh 3:
Sektor kewangan asing (Foreign Financial Sector) adalah satu lagi daripada tiga sektor utama dalam Sectoral Balances.

Sektor kewangan asing ini bukan mengenai nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing USD umpamanya, sama ada nilai susut atau sebaliknya. 

Foreign Financial Sector ini adalah mengenai nilai import dan eksport barang bagi satu-satu tempoh masa.

Jika nilai barangan eksport negara adalah melebihi nilai import negara, maka ia adalah gambaran wujudnya lebihan perdagangan ataupun imbangan perdagangan adalah positif. 

Jika nilai barangan eksport negara adalah berkurangan berbanding nilai import negara, maka ia adalah gambaran defisit perdagangan ataupun imbangan perdagangan adalah negatif. 

Situasi sebegini lazimnya menuntut Kerajaan Persekutuan lebih berbelanja lagi, sehinggalah imbangan ketiga-tiga sektor adalah pada anggaran sifar.

Contohnya, kalau anggaran belanja defisit fiskal kerajaan dalam government fiscal balances sejumlah 10% berbanding KDNK (BNM: 3% GDP 2017 @ RM219,726 juta), sebenarnya untuk mengimbangi lebihan Foreign Financial Sector 4% dan baki 6% lagi dalam Private Financial Sector.

Dengan ertikata mudah, mesti ada anggaran Kerajaan untuk belanja defisit, sehinggalah wujud savings dalam ketiga-tiga sektor utama (Sectoral Belances) ini adalah pada angka sifar. 


Contoh 4 
Mereka yang faham birokrasi Sectoral Balances akan melihat berapa pun jumlah belanja fiskal secara defisit oleh Kerajaan, sebenarnya jumlahnya adalah sama dengan Net Financial Savings dalam Private Financial Sector.

Maka sebab itu lah, secara relatif jika Kerajaan melalui syarikat persekutuan menerbitkan bon korporat untuk dibeli oleh KWSP umpamanya bagi melaksanakan projek MRT, kita akan melihat lebih ramai rakyat Malaysia ada sumber pendapatan dengan upah buruh yang lebih setimpal.

Begitu juga lah KWSP akan menjana hasil pelaburan selamat, dengan membeli bon-bon korporat yang diterbitkan oleh syarikat persekutuan bagi projek MRT itu. 

Apabila KWSP telahpun melabur dalam syarikat-syarikat persekutuan yang terlibat dalam projek MRT III umpamanya, tiba-tiba pentadbrian Dr Mahathir mengumumkan pembatalan projek pengangkutan awam moden itu, sekaligus semacam sabotaj pelaburan para pencarum KWSP.

KWSP mengaku nilai pelaburannya dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam MRT III, HSR dan ECRL ketika ini hilang 12% atau menyamai RM6.09 bilion. Ini paper loss!


Contoh 5
Ada ditanya kepada saya, kalau hutang persekutuan (baca: abselute debt) berkurangan, adakah akan menjejaskan Private Financial Sector?

Jawapannya, Net Financial Savings dalam ekonomi sudah tentu berkurangan. 

Sebab itu, saya mengkritik penubuhan Tabung Harapan Malaysia, seperti di bawah: 



Patutnya, Kerajaan Pusat perlu berbelanja lebih supaya RM dan kek ekonomi kian membesar sejajar dengan populasi rakyat Malaysia yang kian bertambah.


Contoh 6


UEM terbit bon korporat dengan jaminan kerajaan persekutuan, lalu dibeli oleh KWSP.

Maka, ada tak pertambahan total asset? Jawapannya tentu ada kerana UEM adalah syarikat berkaitan kerajaan. 

Adakah net financial savings bertambah? Jawapannya adalah sifar (0) kerana apabila bon itu diterbitkan oleh UEM lalu dibeli oleh KWSP, sama lah maksud UEM berhutang daripada KWSP.

Kalau faham contoh keenam ini, kita akan anggap merangkumkan hutang-hutang jaminan kerajaan (government guarantee, MG) sebagai hutang negara (national debt) sebagai sesuatu yang aneh sertai tidak ikut protokol perakaunan sedunia.

Ikut protokol kewangan dunia, Corporate Debt to GDP Ratio mana pernah dirangkumkan sebagai National Debt semacam didakyah oleh pentadbiran Dr. Mahathir.



Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 mendedahkan 'corporate debt to GDP' adalah kira-kira 107.9 peratus atau berjumlah RM1.3624 trilion, lapor akhbar The Edge pada 27 Mac 2017 lalu. 

Tak tinggi sangat berbanding Singapura! Baca pautan entri terdahulu.

Kalau pentadbrian Dr Mahathir takut sangat mengenai risiko hutang korporat negara (yang bukan semua membabitkan GLC/SOE) kononnya boleh mengakibatkan Malaysia bank, tengok hutang korporat Singapura berbanding GDP kira-kira 250%,  kenapa negara jiran itu tak bankrap?

Berapa banyak pun bon korporat MG ini diterbitkan dalam pasaran, ia memang tidak boleh meningkatkan net financial savings.

Tapi, kalau dinilaikan semua aset negara ikut pesaran, akhirnya ia tetap akan sama dengan jumlah MG + national debt. Maka, net financial savings adalah sifar (0).

Total savings memang meningkat tapi net savings adalah kosong (0).

Fahamnya di sini, apabila kita tak faham peri penting tiga sektor utama negara mesti diimbangkan (balance out), akhirnya kita akan takut dengan angka hutang negara (national debt) yang kian meningkat.

Lagi aneh, kegagalan kita memahami Sectoral Balances, mengakibatkan MG pun kita anggap sebagai hutang negara yang kononnya mencecah lebih RM1 trilion.

Bayangkan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus