21 April 2018

Apa wakil rakyat PAS temberang bab isytihar harta peribadi?




WAKTU saya masih menyertai Pan Malaysian Islamic Party dulu, ada juga soalan sebegini saya tanya kepada Murabbi saya, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husin (bekas Ahli Parlimen Pasir Putih, kini menyertai ‘parti Islam’ AMANAH).

Soalan saya sebegini, kenapa wakil rakyat kita (bukan semua) enggan isytihar harta sebagaimana pemimpin PSM Dr D. Jeyakumar?

Balas beliau, ada wakil rakyat kita itu berkahwin sembunyi-sembunyi dengan isteri no. 2 atau no. 3, yang kalau isytihar harta takut bercerai berai rumah tangga.

Respons sebegini pun ada logik agama juga, kalau Al-Fadhil Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali boleh menggunakan kaedah fiqh الاصل براءة الذمة.

Merujuk pada respons Murabbi saya itu, boleh juga lah untuk digunakan kaedah: ما أدى إلى الحرام فهو حرام, bermaksud “sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram.”

Maka, polisi isytihar harta, walaupun menyemarakkan integriti politik dan baik, tapi kalau boleh mengakibatkan cerai berai, elok tidak diamalkan oleh pihak yang berkenaan.

Kalau saya orang Pan Malaysian Islamic Party, tentu akan saya berdalih sebegitu, apabila diasak oleh Naib Presiden Amanah Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga (bekas) Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Tapi, sebagai seorang revolusioner iaitu mereka yang berusaha mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik, tentulah saya akan berfikir ada lagikah polisi yang lebih progresif berbanding polisi isytihar harta membabitkan wakil rakyat?

Saya tidak ingat nama seorang Sahabat Rasulullah S.A.W. yang dilantik menjadi Gabenor, dan pada masa yang sama dikenal pasti hasil ternakan kian membiak. Apabila perkara sebegitu sampai ke pengetahuan Khalifah Umar Al-Khattab, maka sebahagian tertentu hasil ternakan itu dirampas lalu dipulangkan ke perbendaharaan negara “Baitul Mal.”

Berbalik pada isu pengisytiharan harta, tak bolehkah ada suatu akta khusus untuk merampas segala kekayaan yang dijana melalui apa jua perniagaan, kerana tugas wakil rakyat adalah berkhidmat kepada rakyat.

Kalau orang seperti Jho Low dengan kekayaan yang maha besar melakui 1MDB, menurut beberapa pemimpin oposisi, berhasrat merampas kapal mewah di Bali serta hartanah mewah di Amerika Syarikat, tak boleh kita melayan lebih ‘kejam’ terhadap ahli politik yang terlibat dalam apa jua aktiviti perniagaan?

Memang perlu dipinda beberapa undang-undang di Dewan. Memang perlu suatu perundangan yang membolehkan kerajaan merampas hartanah spekulatif milik wakil rakyat.

Cuma, bersediakah majoriti Ahli Parlimen dan juga ADUN di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sendiri mewujudkan suatu undang-undang yang ternyata merugikan mereka dan kaum kerabat mereka?

Kerana, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diasak Mujahid mengenai komitmen Pan Malaysian Islamic Party untuk mewajibkan para pemimpinnya isytihar harta pun, semacam banyak dolak-dalihnya.

Setuju?

FOR THE MANY, NOT THE FEW

#ManifestoMerah
#DEKPOS
#AnalisisPRU14

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus