24 August 2017

Perubahan rakyat tak pernah bergantung pada faktor sejarah terdahulu?

PENULIS dengan Ustaz Wan Ji Wan Hussin di warung roti canai Jalan Transfer dekat George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 24 September 2017.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Politik | Kadang-kadang Faqar pun romantis sebab perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. 

Kalau tersinggah di mana-mana kedai makan yang pernah disinggahi isteri muda cantik jelita, tiba-tiba akan terkenang Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan dan menangis lah sendirian.

Romantis ini boleh berlaku dalam politik jua. 

Contohnya, kenalan saya daripada kalangan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang, tak pernah segan dan malu untuk melaungkan R.E.F.O.M.A.S.I. pada setiap kali acara sidang media ataupun ceramah.

Bibit direformasi ditiupkan oleh Sdr Anwar Ibrahim pada tahun 1997, dan laungan keramat itu masih dilaungkan pada tahun 2017. Ini romantis.

Faqar tertanya-tanya juga, adakah pergerakan sosial ini boleh berlaku dengan bergantung pada faktor pensejarahan seumpama ini?

Kalau Robert Mirsel dalam bukunya Teori Pergerakkan Sosial seakan memberi gambaran perubahan tak berlaku atas faktor historikal sebegini?

Waktu wacana, Ustaz Wan Ji Wan Hussin pun pernah bertanya kepada Datuk Husam Musa mengenai perkara yang hampir serupa.

Husam, dahulu adalah Exco Kerajaan Negeri, kemudian menyeberang dari Pan Malaysian Islamic Party ke sebelah Parti Amanah Negara (AMANAH) lalu ditaklifkan sebagai Naib Presiden parti.

Wan Ji memberitahu, Husam berkata, "sebenarnya Kerajaan PAS boleh terus memerintah Kelantan atas faktor Kerajaan Negeri buat program kebajikan rakyat."

"Kalau faktor 'Tok Guru' begitu kuat, Kerajaan Pas Kelantan tak goyah teruk sampai ada kelebihan satu kerusi (ADUN) sahaja selepas PRU2004, waktu itu Tok Guru (Alllahyarhamuhu Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih ada."

Fahamnya di sini, faktor historikal mungkin bukan penyumbang utama perubahan sosial masyarakat.

Saya terfikir sendirian, apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang kain (selain historikal)  yang boleh mengerah sokongan terbanyak rakyat menumbangkan rejim kleptokrasi? 

Di Kelantan, Amanah perlu perbanyakkan program kebajikan dan mengemukakan polisi ekonomi yang lebih baik berbanding parti pemerintah.

Ini kerana, Pan Malaysian Islamic Party bukan mungkin masih percaya faktor historikal Tok Guru boleh mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan di PRU14. 

Setuju?

No comments:

Post a Comment