26 August 2017

Mengapa gambar profil Faqar memegang rokok di Facebook tidak dikecam?

PENULiS tak merokok, tetapi acah-acah pegang rokok sahaja. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Sosial | Sejak 15 Ogos lepas, Faqar sekali lagi sengaja memuat naik foto sepuntong rokok di tangan sebagai pix profile Facebook.

Ada lah seorang Ahli Majlis PBT komen di laman sosial, "bukankah rokok itu haram?

Barangkali beliau nak menasihat Faqar supaya belajar berhenti merokok, bukan sebab yang lain.

Dan, dalam balasan komen Faqar, "saya tidak pernah hisap rokok kerana rokok itu haram."

Beberapa avatar lain di Facebook serta kenalan lelaki baharu lain yang tersua dengan Faqar di Komtar pun ada yang bertanya, "hang merokok ka?"

Ada juga kenalan lelaki mempelawa rokok mereka, jika berkongsi makan di warung bawah Komtar.

Setakat hari ini, tak ada lagi memaki Faqar kerana gambar profil itu. Bayangkan...

GAMBAR di facebook penulis.


Niat

Faqar menaikkan gambar memegang rokok itu bersebab, bukan saja-saja.

Faqar yakin semua kita percaya rokok membahayakan kesihatan diri dan pihak lain. 

Perokok pun ada dogma sebegitu. 

Walaupun begitu, masing-masing tidak pernah menganggap perokok seperti dalam profil gambar Facebook Faqar sesuatu yang jahat.

Bayangkan jika seorang wanita memegang rokok dan hisap di tempat awam.

Lalu, gambarnya memegang puntung rokok di tangan seperti aksi Faqar dinaikkan sebagai gambar profil Facebook, tentunya wanita itu dikecam sebagai 'perempuan jahat' dll.

Ini lah yang Faqar lihat terjadi kepada seorang kenalan wanita muda Faqar baru-baru ini.

Wanita muda berkenaan putus tunang kerana bakal mak mertua tahu beliau pernah merokok.

Walhal, anak bakal mak mertua itu sendiri merokok.

Tapi, bakal mak mertua melihat pasangan anak lelakinya itu sebagai wanita jahat serta tidak layak menjadi ibu biologi kepada cucunya nanti.

Ekoran perkongsian pengalaman daripada perokok wanita muda berkenaan, Faqar pun membawa naik pix profile sebagai perokok di Facebook. Itu, niatnya.

Patriaki 

Faqar bukan nak kempen kepada rakyat Malaysia untuk merokok, tapi Faqar nak kempen kepada rakyat Malaysia supaya anti patriaki.

Merokok tetap membahayakan kesihatan diri dan orang lain.

Sepatutnya, dogma merokok bahaya ini perlu dipegang tanpa melihat pada perbezaan gender.

Jangan apabila lelaki merokok dipandang positif, apabila wanita merokok dianggap jahat.

Jahat manusia bukanlah bergantung pada amalan merokok secara generalisasi, tapi sikap peribadi tertentu yang lain.

Ada beberapa kenalan lelaki Faqar, kakitangan kerajaan di Komtar sendiri pukul isteri atau pasangan wanita, walaupun mereka tak merokok, Islamic dan nampak mesra wanita di pejabat.

Dan, ada beberapa rakan sepejabat lain Faqar yang merokok waktu makan tengah hari, sangat menyanjungi isteri di rumah.

Mereka akan senantiasa meminta izin ke tempat lain sekejap untuk merokok, terutama jika ada anak kecil di meja makan terdekat.

Gambarannya di sini, baik buruk gender bukanlah bergantung pada amalan merokok atau tidak.

Tapi, seseorang itu sudah cukup dianggap jahat jika ada patriaki, iaitu kecenderungan mendominasi gender lain secara mental, spiritual, fizikal ataupun seksual.

Seperti menganggap wanita muda yang bakal menjadi isteri kepada anak lelakinya adalah jahat kerana pernah merokok, itu contoh patriaki seorang bakal mak mertua.

Patriaki mesti dikikis dan diperangi habis-habisan, barulah sosial masyarakat khususnya umat Melayu akan kembali seksi.

Di hujung Kampung Kundang Ulu, Muar, Johor, Faqar pernah terserempak banyak kali di warung makan, seorang ibu tua dan cucu lelaki saling membalut tembakau rokok daun dengan penuh kasih sayang.

Sebabnya, kampung permukiman Allahyarhamuha isteri muda cantik jelita Siti Hajjar Hassan, rata-rata etnik Jawa adalah komuniti anti patriaki.

Panggilan Wak atau Maman di kalangan sanak-saudara dalam keluarga Siti Hajjar sendiri pun tak merujuk pada lelaki atau wanita.

Sebabnya, cara fikir etnik Jawa melihat kedua-dua gender adalah sama.

Bayangkan...

No comments:

Post a Comment