KETUA Menteri diiringi Dr. Afif Bahardin dan Maimunah Mohd. Sharif menyaksikan demonstrasi CPR serta teknik menggunakan AED di sini pagi tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Penempatan alatan Automated External Defibrillator (AED)
di 10 tempat awam yang dikenal pasti, meliputi kawasan Pulau dan
Seberang Perai menelan belanja RM41,340.
Ketua Menteri,
Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berharap, orang awam dapat melaksanakan
teknik asas resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta menggunakan alatan
tersebut demi menyelamatkan nyawa seseorang akibat serangan jantung.
"Teknik-teknik
yang dipelajari ini bakal menyelamatkan nyawa seseorang pada
bila-bila masa ketika kecemasan berlaku," jelas Guan Eng pada
Majlis Pelancaran AED Bersempena Penang-Heart-Safe Programme' dan
Perhimpunan Korporat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di
Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, pagi ini.
Sebelum itu,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco
Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan,
Dr. Afif Bahardin memberitahu Pulau Pinang merupakan negeri yang
pertama menempatkan AED di tempat-tempat awam.
Difahamkan,
lima AED disumbangkan oleh Kerajaan Negeri, manakala lima buah lagi
disumbangkan oleh Zul Corporation atas program tanggungjawab sosial
korporat (CSR).
Manakala, Yang
di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif pula dalam ucapannya
merakamkan penghargaan kepada pentadbiran Guan Eng kerana menempatkan
empat buah AED di bahagian Seberang Perai, termasuk di sini.
Selain itu,
Maimunah turut mengumumkan penubuhan satu unit baharu iaitu Unit
Butterworth di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT)
berkenaan, sejak bulan Mei tahun lalu.
Menurut
beliau, Unit Butterworth bersama-sama satu unit lain, Unit Eco-City
antara lain berfungsi untuk memantapkan lagi pentadbiran MPSP, selain
memandu dan mengawal pembangunan berskala besar di Batu Kawan.
Tambah beliau,
penubuhan unit itu adalah kelangsungan pada usahasama MPSP dan Think
City Sdn. Bhd. dalam tempoh lima tahun mulai tahun ini untuk
meremajakan lagi beberapa lokasi yang mempunyai nilai warisan
tersendiri, termasuk Pekan Lama Butterworth.
Tidak cukup
dengan itu, Maimunah memberitahu MPSP turut menubuhkan satu pasukan
kerja bersama-sama Yokohama City Council, Yokohama University,
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jepan International
Cooperation Agency (JICA) demi
mengkaji dan merancang reka bentuk Bandar Bukit Mertajam.
Beliau
turut membentangkan pelan tindakan bagi 9 Fokus MPSP 2016, iaitu
Kebersihan, Keselamatan & Lalulintas, Penguatkuasaan, Kawalan
Banjir, Pengindahan, Kehijauan & Kemudahan Awam, Penglibatan
Komuniti, Pembinaan Kapasiti, Pengukuhan Fiskal dan Kecekapan Proses
Kerja.
"Pelan
sstrategik ini dicapai menjelang 2018 nanti. Fokus 2016 mempunyai
embilan fokus, 57 program dan 106 aktiviti yang telah dirangka untuk
dilaksanakan pada tahun ini," jelas Maimunah.
No comments:
Post a Comment