06 June 2014

P.Pinang negara Islam yang cukup bersih dan aman, respons dua pelancong Palestin

ZAiNULFAQAR Yaacob dan adik Muhammad Amin.

SELEPAS selesai solat fardu Jumaat di Masjid Prangin Mall, saya berpeluang ta'aruf dengan dua warga Palestin di sini.

Ayahnya bernama Muhammad Amin, 52, manakala, anaknya bernama Muhammad Faris, 6.

Sudah enam minggu, lima sekeluarga melancong di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kami tak berbual panjang kerana keluarga Muhammad yang muslimat sedang menanti di luar dewan solat.

Saya ada tanya, kenapa pilih melancong di Pulau Pinang?

"Kerana, Pulau Pinang adalah negara Islam yang cukup bersih dan aman," respons beliau, sambil menceritakan mengenai pengalaman nenek-moyangnya mendalami kezaliman tentera Zionis Israel, dulu.

Apa pula pendapat kawan-kawan mengenai Pulau Pinang?


ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang



Komtar | 2.21 petang

No comments:

Post a Comment