06 June 2014

Mimpi ke masjid buka pintu hidayah Chew Thing


SELEPAS qasar Asar, saya mengambil peluang ta'aruf dengan 'saudara baru' bersama Abdul Rahman Chew, 62.

Abdul Rahman atau nama asalnya Chew Thing adalah sebatang kara, anak jadi Betong Pahang.

Sudah dua tahun beliau memeluk Islam, dan diuji dengan sakit kanser prostate hampir dua tahun lepas.

"Dulu, saya terima rawatan (sakit barah Prostate) di Hospital Pantai Melaka, tetapi, hanya mampu ambil ubat di HKL (Hospital Kuala Lumpur) kerana tak mampu," kata Abdul Rahman.

Menurut beliau, sebanyak RM7,000 diperlukan untuk minimum kos rawatan beliau di hospital kerajaan.

Saya kata kepadanya, isteri muda yang saya cintai, Siti Hajjar Hassan pun sakit barah, Canser Hodgkin Lymphoma stage 4 sampai sekarang.

Terlanjur saling berkenalan, saya minta beliau berkongsi pengalaman dikejar hidayah Allah.

"Dulu, saya (asalnya) beragama Buddha, tetapi, tiada Buddha dalam hati.
"Lama saya susah, sampai saya berjalan sampai ke Betong.
"Satu malam, saya mimpi orang tua yang saya tidak nampak wajahnya pelawa saya ke masjid tua Betong," ujar Abdul Rahman.

Abdul Rahman bersyukur dipilih menerima hidayah Allah dan mengaku tidak jemu belajar tentang keindahan Islam.

Dalam pertemuan ringkas itu, saya turut menceritakan mengenai pengalaman berkawan 'saudara baru' melalui NGO I.K.U.T Mewakili Suara 20K Reverts Pulau Pinang.

Saya turut perkenal aktivis I.K.U.T seperti Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (Penaung), Nur Azleyna Stanley (Pengerusi) dan beberapa sukarelawan lain, Ustaz Abdul Malik Abdullah, Azran Chan dan Nasorudin Shah Mat.

Hubungi Abdul Rahman di talian 0122694316, atau salurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam 14041020571302.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman kamu semua sehinggalah kami mengasihi saudara kami sebagaimana kamu semua mengasihi diri kami sendiri."


SHARING IS CARING


Y.ZAINULFAQAR
Fotojurnalis P.Pinang
R&R Tapah | 6.31 petang



+60194241583
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment