16 May 2014

Patut Mat Said disokong sampai Kerajaan Terengganu dibubarkan...


"Munasabah kalau beliau ditukar...kalau mereka kekalkan Ahmad, kejatuhan kerajaan BN dalam PRU14 mungkin lebih cepat," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat.
Ada yang bersetuju dengan pendapat ADUN Paka itu, ada yang memberi pendapat yang lain.

Pada pendapat saya, PAS perlu mengatur sokongan tidak langsung kepada Mat Said hingga DUN Terengganu dibubarkan.

Jalan sebegitu akan melorongkan pilihan raya negeri secara demokratik, sekaligus memberi peluang kepada PAS untuk kembali mengambil alih Kerajaan Negeri.

Kenyataan Satiful seakan membayangkan peribadinya menyokong Umno menyelematkan Kerajaan Negeri. 

Ini, sekaligus akan memberi gambaran yang serong kononnya PAS mahu mewujudkan Kerajaan Campuran Umno-PAS di Negeri itu, walhal isu Kerajaan Perpaduan (UG) telah lama ditutupkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri.

Setuju?

No comments:

Post a Comment