16 April 2014

Teliti dulu hutang negara dalam RM atau mata wang asing...

HUTANG tertunggak syarikat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. selama 17 tahun dan berakhir pada 31 Disember 2011 keseluruhannya berjumlah RM1,628.68 juta.

Datuk Seri Najib Tun Razak atas posisinya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bersetuju untuk nyah hutang negara secara berperingkat.

"Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. bermula tahun 2011 dan dijangka selesai pada tahun 2027," dipetik dari halaman 34 Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Contoh lain, penghijrahan aset air Pulau Pinang dengan beberapa syarat, antaranya, RM600 juta hutang tertunggak Kerajaan Negeri dipindahkan ke dalam akaun disatukan Kerajaan Pusat.

Hutang Perwaja boleh dihapus kira kerana dalam nilaian RM, bukan dalam mata wang asing.

Hutang tertunggak Pulau Pinang pun dihapus kira kerana 'balance sheet' atau persamaan perakaunan dengan aset disenaraikan pada kunci kira-kira pada akaun Kerajaan Pusat.

Pentadbiran Najib (sebenarnya sejak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin lagi) boleh melakukan nyah hutang sebegini dengan Kerajaan Negeri atau GLC kerana sesebuah Kerajaan Pusat ada bank sendiri serta berupaya untuk memanipulasi mata wang negara.

Ini, tidak boleh dilakukan oleh Zainulfaqar jika fotojurnalis itu berhutang dengan bank atau rakannya.

Zainulfaqar tidak boleh nyah hutang kerana dia tiada bank dan tiada keupayaan untuk memanipulasi mata wang negara, seperti Kerajaan Malaysia lakukan sampai sekarang.

Selagi hutang dalam RM, ertinya semua ini boleh dinyah hutang oleh sebuah Kerajaan Pusat.

Sebab itu, nyah hutang Perwaja dan Kerajaan Pulau Pinang telahpun dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Kalau kita memahami hakikat serta keupayaan Bank Negara untuk memanipulasi mata wang RM, kita akan menilai semula formula Pakatan Rakyat dalam isu PTPTN.

Formula Pakatan Rakyat, antaranya, menstrukturkan semula pengurusan IPP dan royalti Petronas.

Penstrukturan semula dua entiti ini boleh menampung hutang tertunggak PTPTN, selain ke arah mewujudkan sistem pendidikan percuma di tanah air ini.

Sebenarnya isu PTPTN ini secara teknikal boleh diuruskan sebagaimana Kerajaan Malaysia mengurus hutang tertunggak Perwaja dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mengulas mengenai hutang negara yang digambarkan kronik (seperti dalam rajah di bawah), harus diteliti terlebih dahulu angka hutang ini dalam RM atau mata wang asing.

Greece bankrap kerana hutangnya bukan dalam mata wang negara, sebaliknya dalam moniteri Euro.

Kalau hutang negara dalam mata wang dolar AS umpamanya, baru boleh menuju bankrap seperti Greece.

Yang memahami upaya sebuah Kerajaan Pusat dalam memanipulasi bank serta mata wang negara, mereka lebih percaya bahawa Malaysia tidak akan bankrap seperti Greece, jika berhutang dalam RM.

Setuju?

No comments:

Post a Comment