19 April 2014

Sanggup bertimpa hujan demi Karpal...



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB | Foto: LAW SHUUN THING

KEBUN BUNGAH - Masuk hari ketiga majlis penghormatan terakhir kepada 'Tiger of jelutong' Karpal Singh masih sesak dengan kunjungan tetamu dan orang kenamaan, walaupun dalam hujan lebat seperti petang ini.

Lensa kamera Buletin Mutiara sempat merakamkan kesanggupan tetamu, termasuk orang kenamaan beratur panjang dari halaman rumah mendiang hingga ke bahu jalan bertimpa hujan demi memberi penghormatan terakhir kepada Karpal.

"Si Harimau Jelutong ini bukan lagi meninggalkan belang atau nama, sebab itu sesak sampai sekarang," celah seorang wartawan di khemah utama.

Wartawan penuh di khemah utama seawal jam 10.00 pagi hingga lewat 10.00 malam tiap-tiap hari.

Wartawan dan tetamu agak terselamat dari tempiasan air hujan, keranan bunga penghargaan yang sangat banyak tersusun di sekeliling khemah di sini.

ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Ahmad Yaakub (Menteri Besar Kelantan) dan terbaru, Datuk Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena) antara yang hadir, masing-masing nampak sebak kerana Karpal sangat dekat dengan mereka.

Karpal dalam kenangan...

No comments:

Post a Comment