(Dari kiri) Diana Kacak, Siti Hajjar Hassan dan Zainulfaqar Yaacob serta 'Insyirah Soleh' (anak) bergambar kenang-kenangan di pintu masuk Stesen Keretapi Bukit Bendera, Sabtu lepas. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
AIR ITAM - Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP)
mengumumkan peruntukan RM15 juta lagi untuk projek menaik taraf Bukit Bendera
pada tahun ini demi memastikan kawasan peranginan itu menjadi destinasi
pelancongan tanah tinggi pilihan utama negara.
“Menjelang tahun
2015, kita harap projek ini siap sepenuhnya.
“Kita, Pulau Pinang
boleh menjadi (destinasi pelancongan tanah tinggi) nombor satu di negara ini,”
ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada Majlis
Ulang Tahun Ke-3 Blue Coach Bukit
Bendera di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar
PBBPP, Dr. Lawrence Khoo, Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera),
Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri)
dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bungah) turut hadir pada majlis itu.
Menurut Guan Eng,
keretapi berkembar yang diberi nama ‘Pinang’ dan ‘Mutiara’ itu kembali mula
beroperasi sepenuhnya pada 24 April 2011.
Sebuah keretapi itu
boleh memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa dengan kelajuan enam hingga 10
meter per saat,
Keretapi yang penuh
dengan nilai keunikan itu mengambil masa tujuh minit untuk naik dan turun dari
atas Bukit Bendera ke stesen bawah di sini.
Pada majlis sama,
seramai 300 anak yatim dan warga emas daripada pelbagai pertubuhan turut
diraikan dalam program tanggungjawba sosial korporat (CSR) PBBPP, serentak
dengan keraian Majlis Ulang Tahun Ke-3 Blue
Coach Bukit Bendera.
Guan Eng turut
merakamkan penghargaan pada persembahan tarian daripada sekumpulam pelajar jurusan
perubatan dari Kolej PTPTL Cawangan Sungai Perani, Kedah.
Dalam perkembangan berkaitan, Bukit Bendera sebelum ini
pernah direkodkan menerima kehadiran pelancong paling tinggi pada hari kedua
raya Aidilfitri tahun 2013, iaitu seramai 10,301 pengunjung.
Angka itu, sekaligus, memecah rekod kunjungan pelancong
sejak Bukit Bendera mula dibuka pada tahun 1923.
No comments:
Post a Comment