19 April 2014

MB Kelantan doa kebaikan hidup ahli keluarga Karpal

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEBUN BUNGAH - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob petang tadi berharap keluarga Karpal Singh bersabar atas pemergian mendiang yang maut dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi Khamis lepas.

Ahmad melahirkan ucapan takziah itu pada satu sidang media bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di kediaman mendiang Karpal di sini.

"Saya, mewakili Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan seorang yang begitu berjasa dalam memperjuangkan keadilan.

"Karpal yang saya kenal adalah seorang yang baik dan lantang menentang ketidakadilan, terutama di Parlimen (Dewan Rakyat)," ujar Ahmad kepada wartawan.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut menyertai sidang media itu.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru semua pihak berdoa ke atas anggota keluarga Karpal yang masih hidup supaya senantiasa selamat dari mara bahaya.

"Saya berdoa, keluarganya yang masih hidup semuanya baik," jelas Ahmad lagi.

No comments:

Post a Comment