22 March 2014

Tilawah al-Quran di P.Pinang meriah, majlis penutup malam ini!

MOHD. Rashid Hasnon menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Majlis Tilawah al-Quran  Kalil Ke-57 Tahun 1435H/2014M Peringkat Negeri Pulau Pinang dekat Dewan Millenium di Kepala Batas, pada malam tadi.  

TKM1 nasihat umat kembali ikut akhlak al-Quran

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM – Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menasihatkan semua pihak tanpa mengira faham politik supaya kembali menghayati akhlak al-Quran, antaranya, meninggalkan budaya saling mengfitnah serta berdendam.

Beliau berkata demikian pada pembukaan Majlis Tilawwah Al-Quran Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014 Peringkat Pulau Pinang.

“Marilah bersama-sama kita melenyapkan perasaan yang boleh menghalang nikmat ukhwah Islamiah yang juga dianggap sebagai ‘akhlak al-Quran’, yang berpunca oleh sifat dengki, rasa mahu membalas dendam dan fitnah mana-mana pihak,” ujar beliau pada malam tadi, sebelum merasmikan majlis tersebut di Dewan Millenium di sini.

PENULIS merakamkan gambar kenang-kenangan dengan YDP PAS Kawasan Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis MPSP, Tuan Haji Omar Hassan di sini, sejurus penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran di sini, malam tadi.
SENYUMAN Datuk Abdul Walid Abu Hassan (paling kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan) Datuk Muhammad Yusoff Wazir (dua dari kanan) pada pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri malam tadi mencuri perhatian lensa kamera Fotojurnalis di sini. Teringat penulis mengenai wacana bersama-sama Ketua Hakim Syarie Negeri sebelum ini yang berjudul Hudud Brunei: Harmonisasi Undang-Undang Sivil, Syariah Lebih Mudah di Pulau Pinang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim turut menyampaikan ucapan alu-aluan pada temasya tahunan tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan isteri, Mufti Negeri Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) serta Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Mahkamah Sharie Pulau Pinang).

JUARA menunggu, Hanif Azmir Hassim antara finalis qari yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada malam tadi.

Bercakap di depan lebih 2,000 hadirin, Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak berkata, majlis tilawah al-Quran kali ini akan lebih bermakna sekiranya seluruh hadirin tekun menghayati inti ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh 13 peserta daripada enam daerah (termasuk Butterworth) serta johan menunggu, Nor Husna Mohammad Salleh.

“Pemilihan tema ‘al-Quran Mengukuh Ukhwah, Memartabat Ummah’ yang dipilih oleh Kerajaan Negeri.

“Tema ini adalah sangat signifikan untuk kita kembali kepada ‘akhlak al-Quran’,” ujar Mohd. Rashid lagi sambil membahaskan pengajaran daripada ayat 10 dari Surah al-Hujuraat.

Hadirin.
Hadirat.
Sebelum itu, Abdul Malik menjelaskan bahawa lapan peserta akan memperdengarkan ayat al-Quran, manakala, baki enam lagi finalis pula akan tampil di pentas pada malam esok.

Menurut Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata, Yang Di-Pertuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Abdul Rahman Abbas sendiri dijadualkan menyempurnakan majlis pemberian hadiah kepada qari dan qariah yang menang, serta upacara penutupan temasya tilawah al-Quran pada esok malam.

“Johan pada tilawah kali ini akan mewakili Pulau Pinang ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan (Pahang) kelak,” ujar Abdul Malik.

Dalam perkembangan berkaitan, Finalis kumpulan nasyid negeri 2012, Wahdatul Eiman dari Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) turut membuat persembahan pentas, pada malam ini.

KUMPULAN Wahdatul Eiman dari KITAB turut mempersembahkan dua nyanian nasyid menarik. 

Finalis Qari:
1. Hanif Azmir Hassim - Johan menunggu
2. Mujahidin Syahid Nasruddin (wakili Daerah Timur Laut)
3. Mohamad Shahrin Baharuddin (wakili Daerah Barat Daya)
4. Mohd. Fadzil Ismail (wakili Daerah Seberang Perai Tengah)
5. Mazlan Wan Chik (wakili Daerah Seberang Perai Selatan) 
6. Mustaffa Muhamad (wakili Daerah Seberang Perai Selatan)
7. Muhammad Siddiq Mohd. Rosli (wakili Daerah Seberang Perai Utara)

Finalis Qariah:
1. Nor Husna Mohammad Salleh – Johan Menunggu
2. Sakinah Ahmad (wakili Daerah Timur Laut)
3. Awatif Abd. Majid (wakili Seberang Perai Tengah)
4. Rozilah Jamaluddin (wakili Seberang Perai Selatan) 
5. Aminah Mohd. Ali (wakili Seberang Perai Selatan) 
6. Nor Haseena Mahjub (wakili Seberang Perai Selatan) 
7. Che Noliah Saidin (wakili Seberang Perai Utara)


SERTAI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG MALAM INI!

No comments:

Post a Comment