13 March 2014

Tak perlu tunggu Putrajaya jadi Singapura, Mahathir tahu dua pemimpin Umno P.Pinang sudah tipu 31 tanah Melayu

Malaysia will be like Singapore if Pakatan takes power, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Takut sungguh gamaknya bekas perdana menteri dengan langkahan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Atau Mahathir sengaja mentakut-takutkan rakyat yang kian berani berlawan dengan kezaliman Umno serta Barisan Nasional, belakangan ini.

Mahathir ada pengalaman mendepani Reformasi'98. Mungkin sebab itu, dia takut untuk berdepan kemungkinan Reformasi 2.0 tidak lama lagi.

"Orang yang biasa takut dengan bayang-bayang hantu, bayang-bayang tiang teleton telefon pun dia ingat bayang-bayang hantu."

Betulkah Mahathir begitu takut Putrajaya jadi semacam Singapura jika Pakatan Rakyat mengambil Putrajaya masa PRU14 nanti?

Atau, ada muslihat lain usang veteran politik Umno itu takut?

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat sejak PRU12 (8 Mac 2008) lagi telahpun mengambil alih Pulau Pinang.

Jihad mengambil logik Mahathir, sepatutnya Pulau Pinang telahpun menjadi Singapura (baca: Melayu kononnya ditindas oleh Cina) sejak 2008 lagi, tak perlu tunggu Umno tumbang di Putrajaya.

Namun, perkara sebenar yang berlaku di Pulau Pinang sekarang, antaranya didedah tanah milik Melayu sendiri ditipu oleh dua pemimpin Umno di negeri berkenaan.

9.362 ekar tanah Kg.Terang Balik Pulau dekat  milik 31 Melayu ditipu hidup-hidup oleh dua pemimpin Umno P.Pinang.

Tak sampai 4 bulan, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir (Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam) dan Datuk Umar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) didedah untung atas angin RM5 juta dengan tipu jual tanah Melayu transit.

Pakatan Rakyat tak kuasai Putrajaya pun, Umno dah tipu Melayu.

Lawak antarabangsa punya Mahathir takut Malaysia jadi Singapura.

Bayangkan jika PAS serta Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya, apa lagi yang tembelang pemimpin Umno yang bakal didedah?

Padanlah Mahathir takut...

No comments:

Post a Comment