26 March 2014

PYDC setuju anjur interaksi siswa 10 April - Kok Liang

TAN Kok Liang (kiri) mendapatkan maklum balas daripada fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob (tengah) mengenai kolokium pemimpin mahasiswa Pulau Pinang di perantauan Lembah Klang dekat Perdanasiswa Universiti Malaya KL semalam, sambil diperhati oleh Zolkifly Md. Lazim dalam satu mesyuarat ad-hoc petang tadi di Komtar, George Town.

GEORGE TOWN - Idea mengayakan bakat mahasiswa mengikut dimensi Kerajaan Negeri yang diwacana semalam oleh lebih 20 pemimpin mahasiswa Pulau Pinang di perantauan dalam satu kolokium di Universiti Malaya Kuala Lumpur turut dibentangkan dalam majlis taklimat ringkas bersama-sama Penang Youth Development Corporation (PYDC), petang tadi.

TAN Kok Liang
Ketua Pengarah Eksekutif PYDC, Teng Kok Liang berkata, pihaknya menyambut baik cadangan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) Lembah Klang untuk mengadakan satu majlis interkasi di negeri ini pada Khamis, 10 April depan.

"Kalau boleh, kita cadang interkasi dengan 30 pemimpin mahasiswa kelahiran Pulau Pinang ini diadakan di Jalan Brown (Pejabat Penang Institue)," ujar Kok Liang petang tadi, selepas mempengerusikan satu mesyuarat ad-hoc di sini.

'DAP Melayu' Khairul Ishak dan Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Lajnah Perhubungan PAS Pulau Pinang merangkap Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh) serta fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob turut hadir pada majlis itu.

Kok Liang yang juga Pegawai Khas (Pembangunan Belia) bagi Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, PYDC berhasrat menjemput PI untuk bersama-sama menjayakan majlis interaksi dan jamuan tengah hari tersebut kelak.

Semalam, lebih 20 mahasiswa kelahiran Pulau Pinang mengadakan satu kolokium ringkas di Sekretariat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dekat Kuala Lumpur demi membincangkan partisipasi mereka dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) bagi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Siti Zubaidah Abdul Rahman dan Abdul Muqit Muhammad (Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional) turut memberi sumbang saran berhubung kaedah memperkuasa pertubuhan anak negeri di perantauan.

FAHMI Zainol
Manakala, Zolkifly dalam ucapannya menjelaskan mengenai kejayaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, termasuk peranan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Ekoran itu, jurucakap kolokium, Fahmi Zainol pada satu kenyataan mencadangkan satu lagi retreat diadakan di Pulau Pinang pada 10 April depan, sempena cuti semester kebanyakan universiti nanti.

“Kita harap upaya dan bakat mahasiswa di perantauan boleh dimanfaatkan mengikut dimensi Kerajaan Negeri,” ujar Fahmi yang juga anggota MPMUM.

No comments:

Post a Comment