27 March 2014

Mohon anjur Pasar Ramadan MPSP dibuka 1 April

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuka permohonan lesen penganjur Pasar Ramadan bermula 1 hingga 30 April depan.

Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif memberitahu borang permohonan boleh didapati dari Kaunter Berpusat Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini; Kaunter MPSP Cawangan Butterworth dekat Jalan Datuk Haji Ahmad Said; dan Kaunter MPSP Cawangan Sungai Jawi.

"Borang permohonan akan diproses oleh Jabatan Pelesenan dan keputusan permohonan akan mula dikeluarkan pada atau sebelum 20 Mei 2014," ujar Maimunah pagi tadi pada mesyuarat penuh Kali Ke-477 Bil.3/2014 MPSP di sini.

Menurut Maimunah, taklimat kepada penganjur akan diadakan pada awal bulan Jun depan.

Info lanjut, hubungi Jabatan Pelesenan di talian 04-5497685 atau 04-5497682.

Dalam perkembangan lain, Maimunah mengumumkan program Senamrobik Bersama MPSP di Taman Tunku dekat Seberang Jaya pada Ahad, 6 April ini seawal jam 7.30 pagi, manakala di Taman Berjaya dekat Nibong Tebal pada pagi 27 April depan.

No comments:

Post a Comment