01 March 2014

PM jangan takut bayang-bayang sendiri, nasihat HAPUS

HAPUSKAN TOL JAMBATAN PERTAMA P.PINANG, PM JANGAN TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI

1 Mac 2014 | Bayan Lepas

Ura-ura PM dan isterinya membatalkan niat untuk merasmikan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang malam ini.

Majlis Pelancaran Penang "Preparing The BPO Hub For The Future" di Batu Maung 10.30 pagi ini pun, desas-desus beliau mengambil keputusan untuk tidak muncul-muncul.

Semalam datang, mengapa hari ini Menteri Kerja Raya pula diarah mewakili Putrajaya untuk dua majlis bersejarah ini.

Jarang berlaku protokol sebegini.

Tak mungkin seorang Perdana Menteri tidak hadir ke sini disebabkan begitu tidak selesa untuk berdepan dengan Lim Guan Eng.

Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak perlu tunduk dengan tekanan Umno Pulau Pinang, khususnya tim Tun Mahathir untuk hadir ke majlis bersama-sama Setiausaha Agung DAP Guan Eng jika itu perasaan perdana menteri berkenaan, sekarang.

Ini program pentadbiran, bukan program politik dalaman Umno.

Jangan takut pada bayang-bayang sendiri kerana Tun Mahathir bukan PM lagi.

Bagi Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus), kami konsisten mendesak Putrajaya supaya tidak melanjutkan 30 tahun lagi kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang, kerana perjanjian konsesi yang dimeterai jelas tamat pada tahun 2018.

HAPUS!

Zolkifly Md. Lazim
Pengasas HAPUS

No comments:

Post a Comment