28 February 2014

Duta China, KM harap hubungan dua hala kian utuh

(Dari kiri) LIM Guan Eng, Huang Huikang, Chow Kon Yeow meninjau keindahan bandar George Town dari Pejabat Ketua Menteri dekat Komtar, petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Duta China ke Malaysia, Huang Huikang petang tadi mengadakan kunjungan hormat Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, sebelum memenuhi jemputan majlis pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, esok.

Guan Eng menjelaskan, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Empangan Mengkuang di negeri ini turut dimajukan secara bersama oleh syarikat kontraktor dari negara tersebut.

Itu, katanya lagi, tidak termasuk sumbangan mereka dalam cadangan pemajuan projek terowong bawah laut dan tiga pintasan lebuh raya sekitar George Town pada masa depan.

"Berbanyak-banyak terima kasih kepada Duta China (ke Malaysia) atas kunjungan hormat ke Pulau Pinang ini, yang mana bukan setakat beberapa projek pembangunan ini, tetapi suatu hubungan yang erat untuk keselesaan rakyat di kedua-dua belah pihak," ujar Guan Eng pada sidang media di sini.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) turut menyertai majlis rasmi itu.

Menurut Guan Eng, Kerajaan China turut melahirkan hasrat untuk membuka pejabat kedutaan dan Bank of China di negeri ini.

Justeru, beliau berharap kedatangan lebih ramai pelabur serta pelancong ke Pulau Pinang, sekaligus memberi manfaat kepada rakyat serta perkembangan ekonomi di negeri ini.

Bercakap pada sidang media sama, Huang Huikang berharap hubungan perdagangan kedua-dua negara, termasuk di negeri ini kian utuh.

"(Hubungan dua hala) ini adalah peluang untuk kedua-dua pihak untuk menarik pelancong dan pelabur.

"Pulau Pinang sendiri adalah bandar warisan, yang mempunyai rumpun budaya, tradisi serta sumber tersendiri, termasuk keistimewaannya untuk menarik lebih ramai lagi rakyat China untuk aktiviti pelancongan, pelaburan dan sebagainya di sini (Pulau Pinang)," ujar Huang Huikang, sambil merakamkan penghargaan kepada Guan Eng kerana menerima kunjuangan hormat tersebut.

Difahamkan, pelaburan China di Asia Tenggara berjumlah lebih AS$400 bilion.

Sebanyak AS$106 bilion dilaburkan di Malaysia, sekaligus, menjadikan negara ini sebagai negara keenam terbesar menerima pelaburan dari China.

Huang Huikang berkata, jumlah pelaburan China di Pulau Pinang dianggarkan kira-kira AS$40 bilion.



Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.

Ada lagi cara lain untuk menurunkan berat serta tahap kolestrol dalam badan jika terlalu sibuk untuk bersenam


 

No comments:

Post a Comment