31 March 2014

Masanya untuk kroni kaut untung selepas rakyat percaya MH370 masalah negara

UMNO tidak akan mencadangkan satu-satu projek menipu Melayu melainkan parti asabiah itu terlebih dahulu mengemukakan satu-satu masalah sampai sesuatu itu diterima sebagai rasional oleh rakyat.

Dulu, pelajar khususnya anak-anak Melayu digambarkan tidak pandai bahasa Inggersi sampai susah nak dapat kerja walaupun selepas keluar Universiti.

Logiknya, patut diperkasakan kaedah pengajaran subjek Inggeris di sekolah. Tetapi, diperkenalkan pengajian subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sampai melingkup anak-anak Melayu sebab bahasa dan bukan sebab ilmu itu sendiri.

Selepas itu, timbul pula cadangan untuk menghantar guru Bahasa Inggeris ke luar negara selepas banyak pihak percaya PPSMI melingkup sistem pendidikan kebangsaan.

PPSMI adalah projek duit. Hantar guru pergi luar negara pun projek duit. Kroni Umno yang dapat projek ini paling untung atas masalah ini.

Dalam kes MH370 pun, akan ada kroni dapat untung atas projek duit.

Panas!! Pihak yang mengaut keuntungan dari kehilangan MH370 terdedah..., lapor blogger Anak Sungai Derhaka. Ini baru satu.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," seloroh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dipetik Bernama.
Ini satu lagi projek menipu rakyat selepas projek menipu rakyat.

Projek menipu rakyat ini diperlukan untuk tutup malu.

Projek menipu rakyat ini diperlukan kerana kapal selam Scorpene tak boleh selam dalam operasi carian MH370 sejak 8 Mac lepas.

Kalau tak kemukakan projek menipu rakyat ini, rakyat akan bertanya semula mengenai komisyen RM540 juta yang ditipu hidup-hidup oleh tim Najib Razak, iaitu Razak Baginda-Altantuya Sharibu.

Saya anggap MH370 buka kemalangan Ini analisis saya. MH370 ini bukan kerja buat dua suspek penumpang haram ini saja? 


MH370 sudah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara rasional sebagai satu masalah negara. 

Kini, tiba masanya untuk kroni kaut untung dengan tipu Melayu.

Setuju?

No comments:

Post a Comment