21 February 2014

Kekal Uptown Perda, Anwar ulangi komitmen

ANWAR Ibrahim (empat dari kiri) sempat bergambar kenang-kenangan dengan Nasoruddin Shah Mat (lima dari kiri) serta pemimpin utama badan bertindak kekalkan Uptown Perda di sini, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi komitmen untuk mempertahankan Uptown Perda di tempat asal dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya dengan syarat dilakukan penambahbaikan ke atas pusat jajaan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian selepas melawat kawasan komersial tersebut, serta mengasaskan interaksi dua hala dengan kaum penjaja yang diketuai oleh Nasorudin Shah Mat.

"Kekal di sini. Ini komitmen saya. Urus elok-elok tempat ini (Uptown Perda)," respons Anwar kepada penjaja-penjaja berwajib di sini.

Anwar yang juga Penasihat PKR Malaysia turut meminta grup Nasoruddin membantu semua pihak berwajib menangani masalah kesesakan trafik serta kebersihan di situ.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang), Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Ketua AMK Pulau Pinang), Rezal Huzairi Md. Zaki (Ketua Wip Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Zolkifly Md. Lazim (Penasihat Persatuan Penaja Uptown Perda) dan pegawainya "Non Pomen" kerana banyak membantu menjernihkan status isu malar segar tersebut.

Nasoruddin dalam reaksi spontan di laman sosial facebook hari ini merakamkan penghargaan atas cakna Anwar itu.

"Yang aku tahu dan pasti DSAI (Anwar) ambil berat masalah kami, peniaga kecik di Uptown Perda dengan hadir beramah mesra dan memberi komitmen agar kami dikekalkan di lokasi sedia ada," ujar Nasoruddin Shah Mat yang juga Pengerusi Koperasi Ropewalk Bagan.

No comments:

Post a Comment