19 February 2014

'Studio Keadilan' Khai Loon patut jadi benchmark YB P.Pinang

PEGAWAI Khas Lee Khai Loon, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa tengah hari tadi mempelawa saya ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Machang Bubuk dekat Alma, sejurus selesai majlis Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang.

Pertama kali sampai di sini, saya terkejut.

Pejabat Khai Loon macam studio media. Pintar dan indah.

"Macam studio. Merata pejabat YB saya kunjung, ini (Pejabat Khai Loon) terbaik," seloroh saya.
Pengurusan perkhidmatan pun cukup sistematik serta boleh dinilai semak oleh pelanggan.

Enam bulan sekali, Khai Loon akan mengemukakan makalah mengenai prestasinya di Machang Bubuk untuk dinilai serta dikritik secara objektif. Hebat!

Saya sempat meramahi beberapa sukarelawi di sini, yang kebetulan sedang sibuk membuat persiapan akhir projek dialog feminim demokrasi pada 22 Februari ini, jam 7.30 malam, di sini.

ADUN Kuala Sepetang, Chuah Yee Ling salah seorang penulis.

Dua lagi panel, adalah ahli akademik serta aktivis mahasiswa yang diterbangkan jauh dari Hong Kong.
Menurut Mohd. Ikhwan Nasser, Khai Loon masuk pejabat 10.00 pagi tiap-tiap hari.

"YB akan beri tuju tumpu harian serta mendapatkan maklum balas mengenai isu berbangkit peringkat KADUN dalam morning table," jelas Mohd. Ikhwan Nasser meramahi saya.

Khai Loon dikenali sebagai seorang yang tidak lokek, terutama yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat.

Padanlah, di belakangan wakil rakyat muda ini banyak sukarelawati, selain, disokong oleh lima pegawai.

Mereka, Mohd. Ikhwan Nasser selalu Pegawai Khas YB, Teh Yee Teng (Pembantu Eksekutif ADUN), Tan Xin Ying (Penyelaras Media), Jab Samat (Penyelaras JKKK) dan Siti Saodah Ahmad Lutfi (Pegawai Seranta).

Ahli Majlis MPSP), Ho Leng Hong yang sibuk dalam perbicaraan kes pengusiran penduduk Kampung Permatang Tok Subuh mewakili rakyat pun turut dalam pasukan Khai Loon.

Dalam hieraki Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khai Loon ditaklifkan sebagai Ketua Penerangan AMK Malaysia.

Dalam musim Pemilihan 2014 yang dijadualkan April ini, Mohd. Ikhwan Nasser berkata, Khai Loon masih belum memberi sebarang reaksi, termasuk mengenai masa depan PKR Cabang Bukit Mertajam.

Terlanjur bertanya, saya tanya Mohd.Ikhwan Nasser sendiri 'di mana' sempena Pemilihan 2010?

Mohd. Ikhwan Nasser berat mulut, tetapi, saya terus memujuk.

Menurut anak muda itu, beliau sendiri dalam pertimbangan akhir untuk bertanding jawatan Ketua AMK Cabang, sebagaimana disaran oleh akar umbi parti peringkat Bukit Mertajam.

"Begitu banyak isu kontroversi di DUN Machang Bubuk belakangan ini masih menjadi fokus pasukan Khai Loon, walaupun tanggungjawab dalam Pemilihan 2014 tidak kurang pentingnya untuk mengukuhkan parti," respons Mohd. Ikhwan Nasser.

Beliau berkata, pasukan Khai Loon mahu menjadikan Pusat Khidmat Rakyat DUN Machang Bubuk sebagai aras tanda untuk semua pejabat YB lain nilai di negeri ini.

"Setuju 100 peratus sebab tadbir urus 'Studio Keadilan' ini paling gah dan sistematik selama saya berjalan di pejabat-pejabat YB di negeri ini," seloroh saya.

Kawan-kawan, ada masa datanglah bertandang dan nilai wibawanya pasukan Khai Loon dan 'Studio Keadilan' ini!






No comments:

Post a Comment