21 January 2014

Tegur Najib 'kangkung', giliran bekas calon Ketua Pemuda Umno sendiri goncang kerusi PM?

Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mungkin trojan horse Mahathir Mohamad atau Mukhriz Mahathir sendiri apabila bekas calon ketua pemuda Umno Malaysia itu pun turut mengkritik kewibawaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi, sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada Free Malaysia Today (FMT) mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Siapa Syed Rosli itu tidak lagi penting kerana sesiapapun yang mengkritik Najib akan dianggap berada dalam tim perubahan.

Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM? pun dianggap konspirasi tim perubahan di sisi Umno.

Mampukah tim perubahan dalam dan luar Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?

No comments:

Post a Comment