15 July 2013

Escape tawar diskaun 10 peratus tiket masuk – Pengerusi PGC

NG Wei Aik (tiga dari kiri) menyerahkan replika penghargaan kepada Sim Choo Kheong (dua dari kiri) sambil diperhati oleh Stevan Green (paling kiri) dan Thing Siew Shuen (paling kanan) dalam majlis di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

PENGERUSi Penang Gree Council (PGC), Ng Wei Aik berkata, pemegang kad warga hijau layak mendapat diskaun 10 peratus semasa membeli tiket masuk ke Taman Tema Escape (Escape) dekat Teluk Bahang.

Justeru, beliau yang juga merakamkan penghargaan kepada Escape atas insiatif terbaru itu.

“Kami (PGC) ingin mengalukan penyertaan Escape Theme Park sebagai Rakan Hijau yang terbaru untuk Program Warga Hijau Pulau Pinang,” ujar beliau semasa majlis perasmian Program Warga Hijau Puau Pinang bersama-sama Escape  di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PGC Strategies Sdn. Bhd., Thing Siew Shuen, Sim Choo Kheng (Pengasas merangkap Ketua Eksekutif Escape) dan Steve Green (Pengurus taman Escape) turut hadir pada sidang media tersebut.

Wei Aik yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, PGC turut merancang untuk menerbitkan Green Parners Catalogue demi mempromosi aktiviti kehijauan di negeri berkenaan.

Difahamkan, Escape mula memainkan peranan memulihara dan memelihara alam sekitar melalui ‘Inisiatif Hijau’ seperti penjimatan tenaga, penuaian air hujan serta penanaman rumput di bumbung sekitar taman tema itu.

Permainan aksi lasak (Escape Adventureplay) untuk kanak-kanak antara yang menarik dalam taman tema tersebut.

Escape mula beroperasi pada 7 November 2012 dan perasmian pembukaan dilangsungkan pada 8 Disember tahun sama.

No comments:

Post a Comment