14 May 2013

Rafizi Ramli, Dzulkefly Ahmad, Kian Meng forum Undi Popular di P.Pinang Khamis

Kerajaan Negeri Pulau Pulang pada Khamis ini akan mengadakan forum terbuka mengenai Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13 bermula jam 8 malam di Dome, Komtar, George Town.

Ketua Strategis PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr. Dzulkefly Ahmad (Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, PPPP) dan Dr. Ong Kian Ming (Strategis DAP merangkap Ahli Parlimen Serdang) akan menjadi panelis forum itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari akan menjadi moderator forum tersebut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program anjuran Unit Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

PRU13 menyaksikan 51.3 peratus undi popular pergi pada Pakatan Rakyat, manakala, 48.7 peratus baki undi pergi Barisan Nasional.

BN melintasi 133 kerusi, manakala, 89 kerusi Pakatan Rakyat.

Semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment