13 May 2013

13 Mei kini Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia

Hampir 100 aktivis meraikan Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia di Padang Kota Lama, George Town malam ini sempena tolak politik perkauman Umno BN serta tidak mahu Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 berulang lagi.

Acara nyalaan lilin kebenaran di Sudut Pidato disertai oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan Yap Soo Huey (Adun Pulau Tikus).

Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim, Ahmad Tarmizi Abdullah (Bantah Anugerah KeRakyatan Asing (baRa) dan 'DAP Melayu' Khairul Isahak antara pemimpin NGO yang berucap dalam perayaan itu.

Mereka mengangkat dua kain rentang yang tertera 'Tolak Rasisme' dan 'Racism  is so yesterday', dipercayai khalayak dituju kepada ahli politik Umno BN kerana mendakwa perubahan PRU13 sebagai 'Tsunami Cina'.

Tiada provokasi daripada pemuda Perkasa atau pemuda Umno Pulau Pinang berlaku dalam majlis kendalian Sean Ho (Pegawai Komunikasi dan Publisiti SUARAM Pulau Pinang) tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka kerana Pakatan Rakyat tolak politik perkauman.

"Saya di Dewan Undangan Negeri selalu menasihat ahli politik Umno supaya meninggalkan politik perkauman," ucap Boon Poh.

Zolkifly berkata, "Mei 13 patut mengajak Orang Melayu, Cina dan India untuk membina politik persaudaraan pada masa depan.

"Perkauman merugikan rakyat dan hanya menguntung ahli politik rasis. Perkongsian dan persaudaraan menguntung rakyat.

"Perpaduan bukan hanya di musim pilihan raya. Perpaduan hakiki di hati kita."

Khairul pula berkata, PRU13 patut mengajar rakyat pada dimensi kaum yang baru, iaitu 'kaum yang ditindas' dan 'kaum yang tertindas'

"13 Mei tidak mungkin berulang lagi bermula malam ini kerana Melayu, Cina, India, Sarawakian, Sabahan semuanya adalah satu bangsa, iaitu 'bangsa yang ditindas'

"Umno BN yang tipu pilihan raya baru-baru ini adalah 'kaum yang menindas'.

"Selagi rakyat terus rai 13 Mei sebagai Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia, selagi itu politik perkauman tiada tempat di tanah air ini," ujar Khairul.

Perhimpunan hampir dua jam bermula kira-kira 8.00 malam diakhiri dengan aksi turun tandatangan anti rasis, disusuli nyanyian Negaraku dengan penuh patriotik lagi dramatik. -END

No comments:

Post a Comment