03 May 2013

Komtar tidak 'diselimut' bendera 1Malaysia lagi

Bendera 1Malaysia yang menyelimut setiap inci bandar George Town sejak sebelum Hari Penamaan Calon 25 April lepas mula diturunkan malam tadi.

Ini kerana, bendera 1Malaysia yang dipopular oleh Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya menggamit perasaan marah serta benci majoriti komuniti Cina di Pulau Pinang.

"Cina benci bendera tunjuk langit (1Malaysia). Teng Chang Yeow (Pengerusi BN Pulau Pinang) kena marah.

"Pengurus kempen Najib arah turun semua bendera malam tadi...sebatang RM10," ujar jentera Chang Yeow di Kampung Tok Panjang Dun Bukit Tengah malam tadi.

Tinjauan sehingga jam 11 pagi tadi di Komtar yang menempatkan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapati banyak bendera 1Malaysia mula diturunkan oleh kontraktor tertentu.

No comments:

Post a Comment