03 May 2013

Kesal SPR tipu PRU13, Guan Eng DAP lain botak kepala?

Tinggal dua hari berkempen, Lim Guan Eng dan seluruh calon DAP yang bagi kerusi DUN dan Parlimen seluruh Pulau Pinang khabarnya mengadakan perhimpunan tergempar di Bukit Bendera.

Mereka, katanya nak botak kepala masing-masing sebagai manifestasi pada tuntutan Pilihan raya yang bersih dan adil.

Sudah lama DAP tuntut penggunaan dakwat kekal, proses undi pos membabitkan tentera dan polis menggunakan dakwat tidak kekal.

Sudah lama minta ketelusan dalam daftar pemilih, sejak 2 Mei lepas, didedah import besar-besaran warga asing daripada Sabah-Sarawak ke Semenanjung.

"Apa yang dilakukan ini untuk tuntut pilihan raya yang bersih. Tipu pilihan raya, rakyat turun pilihan raya," ujar sumber semasa dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Lydia Ooi Kok Fooi yang menyandang kerusi Dun Berapit dalam pilihan raya kali ini adalah calon DAP yang mula-mula sekali dikesan botak kepala sehari selepas Hari Penamaan Calon pada 21 April lepas.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment