16 April 2013

Tuah nelayan pantai jika PR terus urus ekonomi P.Pinang

MANIFESTO PR P.PINANG
Mengembang ekonomi rakyat, warga luar bandar

Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran lesen tangkap ikan dan bot serta memberi pukat secara tahunan untuk membantu nelayan pantai sekiranya terus diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pemangku ketua menteri Lim Guan Eng berkata, langkah itu ke arah mengembangkan pertumbuhan ekonomi rakyat luar bandar sungguhpun Kerajaan Negeri berstatus negeri perindustrian.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, langkah itu mampu direalisasikan memandangkan urus tadbir Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas telahpun menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

"(Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri) mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang pada tahun 2010 berjumlah RM12.2 bilion dan tahun 2011 (berjumlah) RM9.1 bilion," ujar Guan Eng semalam semasa majlis pelancaran Manifesto Pakatan Rakya Pulau Pinang di Hotel Vistana, Bayan Baru.

Ekoran itu, Guan Eng berkata, jumlah pelaburan dalam tempoh lima tahun (2008 - 2012) berjumlah RM36.1 bilion, berbanding RM18.7 bilion sahaja dalam tempoh 2003 hingga 2007, iaitu semasa Umno Barisan Nasio Nasional masih menguasai Kerajaan Negeri.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng berkata amalan tadbir urus yang integriti sejak lima tahun lepas berjaya meningkatkan aset negeri daripada RM800 juta pada tahun 2008 kepada RM1.2 bilion sekarang.

"Dalam tempoh 50 tahun, kerajaan negeri dulu (BN) berjaya mengumpul RM800 juta. Dalam tempoh lima tahun, Kerajaan Negeri sekarang (PR) berjaya kumpul 50 peratus (RM400 juta) dari jumlah aset itu," ujar Guan Eng. 

Demi mengembangkan potensi ekonomi rakyat, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri berjaya mewujudkan skim pinjaman mikro kredit Projek Titian Saksama Rakyat dengan dana pemulaan RM3 juta, penubuhan pusat IKS serta menarik pelaburan RM500 juta melalui Taman Perindustrian Halal dengan status HALMAS.


MANIFESTO PR:
1. Mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Global serta hab serantau rantaian bekalan pembuatan dan pasaran Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMG-GT).

2. Merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-jobs), menjamin keadilan sosio-ekonoi (pro-poor) serta peluang saksama (pro-equel opportunity).

3. Mewujudkan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Hijau di Batu Kawan.

4. Pengembangkan potensi SME negeri melalui 
  • Pusat SMART dengan pemberian perkhidmatan nasihat percuma.
  • Pusat SME RM40 juta yang menyediakan sewaan lot kedai dengan harga termurah.
  • Taman Perindustrian SME RM150 juta
5. Membangunkan zon industri akuakultur di SPU dan SPS serta menghapuskan lesen tangkap ikan dan bot serta memberi pukat secara tahunan untuk membantu golongan nelayan pantai.

"Kita (Pakatan Rakyat) berjaya membangunkan ekonomi negeri dengan penuh cemerlang (serta) mampu melakukan lebih baik lagi jika terus diberi mandat," ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment