16 April 2013

17 Caw.Umno Jelutong tutup mendekatkan Melayu dengan DAP

SEMALAM, saya berceramah sepentas dengn Jagdeep Singh dan Jeff Ooi di Kampung Dodoi dalam Parlimen Jelutong.

Kampung itu dikenali sebagai 'kubu kuat Umno. PAS ada tiga cawangan sahaja. Tetapi, Umno pernah mempunyai 42 cawangan.

Sekarang, 17 cawangan Umno ditutup sendiri oleh pemimpin parti perkauman itu kerana tidak tahan dengan kritikan akar umbi parti.

Perkara ini, saya sebut malam tadi. Cerdik pandai Umno tidak akan meninggalkan parti, tetapi, mereka bersedia mengundi DAP dalam pilihan raya kali ini.

Hampir 40 anak muda Umno semalam mengumumkan keluar parti. Mereka pakai baju serba merah yang tertera gambar Cina Lim Guan Eng.

Mereka, menggantung bendera DAP di seluruh kampung. Mereka juga yang menjayakan kenduri kendara rakyat yang rata-rata disertai oleh Melayu tempatan.

Inilah hikmahnya apabila DAP menjadi bukan parti agama serta bukan parti bangsa. Maka, semua bangsa termasuk Melayu diberi peluang untuk menguatkan parti masa depan itu.

Saya tanya, "Ini (Jelutong) bukan kubu kuat Yaakob Bebas kah?

Salah seorang bekas ketua cawangan Umno setempat berkata, "Yaakob sudah kena cekop sebab tokan (dadah jenis) Ice...baru ikat jamin RM2,000." 

Melihat fenomena Melayu mendekati DAP di Jelutong sekarang, saya yakin parti masa depan itu akan menerima sokongan Melayu, termasuk Umno dari 17 cawangan yang ditutup itu.

Setuju?

No comments:

Post a Comment