29 April 2013

PRU13: Najib yakin rakyat tak mampu ulangi 'Thunami Politik' 8 Mac

DATUK Seri Najib Tun Razak yakin majoriti rakyat akan menyokong Umno Barisan Nasional dalam PRU13 serta tidak mampu lagi menghukum Umno Barisan Nasional sebagaimana dalam pilihan raya umum lepas, pada 8 mac 2008.

Pemangku perdana menteri itu berdalih demikian semasa ditanya wartawan mengenai kesediaannya untuk memastikan proses peralihan kuasa dilakukan secara aman semasa Umno BN tewas dalam PRU13.

Najib berkata rakyat bersedia menyokong kepemimpinannya atas dalih Umno serta parti-parti komponen Barisan Nasional lain tidak saling tidak bergaduh seperti Pakatan Rakyat.

"Sekurang-kurangnya kita tiada parti kompenan yang berlawan sesama sendiri," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di tapak pasar lambak Pekan Nenas, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai kemungkinan undi popular rakyat pergi kepada Pakatan Rakyat ekoran tersebarnya laporan Lagi akhbar antarabangsa ramal Najib tanpa sokongan Cina tewas PRU13.

Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) menyaksikan Umno BN mendapat 4.08 juta undi popular daripada rakyat, manakala, Pakatan Rakyat mendapat 3.67 juta popular daripada rakyat.

Dari angka itu, Kerajaan Barisan Nasional Pusat di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri) yang kemudiannya berpindah tangan kepada Najib pada tahun 2009 ditubuhkan dan diurus dengan kelebihan beza undi 4 peratus sahaja.

Tuntas itu, Najib dikatakan bimbang sekiranya undi popular kepada Pakatan Rakyat kian melonjak hingga 6 peratus yang memungkinkan Umno BN tewas dalam PRU13.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya berkata Pakatan Rakyat memerlukan lima kerusi lagi untuk rampas Putrajaya (tubuh Kerajaan Pusat).

No comments:

Post a Comment