10 April 2013

Pro Yusmadi ancam konvoi protes Bakhtiar Sabtu

12 anak muda pro Yusmadi Yusof dalam satu pertemuan di JDM Sungai Rusa, Balik Pulau malam tadi dilaporkan meluahkan hasrat untuk melancarkan konvoi bermotor Sabtu ini bagi memprotes pencalonan Mohd Bakhtiar Wan Chik.

Saksi memberitahu, kehadiran Muhd Anuar Hamid mewakili PKR Negeri turut disalah faham oleh grup anak muda itu.

Muhd Anuar selaku bekas Setiausaha Sulit bagi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman; yang kini ditaklif mengepalai Yayasan Islam Pulau Pinang (YiPP) sebenarnya datang ke majlis malam tadi untuk menjernihkan semula perbezaan pendapat dalaman PKR Balik Pulau.

"Mereka tidak mahu Bakhtiar sebab calon PKR itu 'orang luar'. Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang merangkap Ketua Cabang Balik Pulau) ada, Mohd.Tuah Ismail (Pegawai Penyelaras Kadun Pulau Betong) ada.

"Yusmadi lebih berkaliber berbanding Bakhtiar sebab dia anak tempatan," ujar saksi awal pagi ini.

Saksi berkata, konvoi protes itu dirancang pada Sabtu ini bermula dari Akademi Rakyat dekat Genting, Balik Pulau sebagai mengenang jasa pendirinya, iaitu Yusmadi.

Dalam perkembangan lain, polemik siapa calon Balik Pulau berlakangan ini dilaporkan tidak mematah semangat  Bakhtiar untuk mempertahan Parlimen itu sempena saingan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bakhtiar yang mempunyai tokoh dalam gerakan Islamis JIM petang tadi dilaporkan mula bertemu kenalan lama untuk mengampuh jentera sokongan.

"Bakhtiar bertanya: siapa taja program-program kebajikan Zolkifly (Md Lazim) di Balik Pulau?

"Dia (Zolkifly) ini, semua tempat kenal sebab program kebajikan dia di seluruh Malaysia, bukan di Balik Pulau saja.

"Bakhtiar kata Zolkifly berpakat (dengan) Yusmadi. Jaafar (Pegawai Khas Yusmadi) kata Bakhtiar berpakat dengan Zolkifly," ujar sumber di Restoran Kongsi, Balik Pulau awal pagi tadi.

No comments:

Post a Comment