27 April 2013

Najib janji 'ubah' paip air rosak Sarawak

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk mengganti sistem paip air yang usang dan pecah sekiranya rakyat Saratok, Sarawak terus memberi undi kepada Umno Barisan Nasional.

Pemangku Perdana Menteri itu berkata Kerajaan Pusat menyedari bahawa pembangunan Sarawak ketinggalan sejak 50 tahun lepas.

"Jangan percaya pada laungan 'Ubah', itu hanya gimik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak pernah ada rekod cemerlang.

"Kita akan tukar paip yang rosak dan pecah ini," dalih Presiden Umno dilapor Buletin TV3 malam tadi.

Najib bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai rekod kecemerlangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagaimana didedah oleh Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP merangkap pemangku ketua menteri Pulau Pinang).

Memetik Laporan Ketua Audit Negara 2011, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri memperoleh RM138 juta lebihan kewangan atau surplas pada tahun 2011.

Jumlah itu sekaligus menunjukkan surplus Kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM105 juta atau 312 peratus berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM33 juta.

Pentadbiran Guan Eng konsistan memperoleh lebihan kewangan sejak tahun 2008 yang berjumlah RM88 juta, diikuti, RM77 juta bagi tahun 2009.

"Ini adalah lebihan surplas paling besar dalam sejarah Pulau Pinang dan inipun kali pertama kita pecah angka (lebihan kewangan) melebihan RM100 juta," ujar beliau baru-baru ini.

Tidak cukup dengan tu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah hasil, iaitu sebanyak RM603 juta bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM411 juta.

"Maka, peningkatan adalah sebanyak RM192 juta atau 47 peratus (daripada jumlah hasil 2010)," ujar beliau.

Tambah beliau, perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM465 juta berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM377 juta.

"Sungguhpun perbelanjaan pengurusan naik sebanyak RM87 juta atau 23 peratus, tetapi kita masih mencatatkan lebihan surplas paling tinggi iaitu sebanyak RM138 juta," ujar beliau lagi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan kempen 'Ubah' yang digempur oleh Guan Eng di Sarawak berjaya mencuit kempen Najib.

No comments:

Post a Comment