25 April 2013

Calon BN Pulau Tikus 'ada yang tak kena'?

Rowena Yam 'cover line'
Di sebalik kediaman mewah Richmont Residence dekat Masjid Jelutong, rupa-rupanya tersembunyi kisah penduduk Melayu asal di atas tanah itu yang mengaku masih belum mendapat pampasan masing-masing.

YA Abdul Hashim Aman dalam Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang pada 19 Mac 2010 mengeluarkan Perintah Mahkamah kepada dua defendan - Concord Land Sdn Bhd dan Richmont Sapphire Sdn Bhd - supaya membayar pampasan kepada tiga plaintif  Melayu.

Menurut salinan Notis Mahkamah, tiga plaintif itu, Normah Hussein, Abdul Razak Mohd.Ali dan Salah Buyong.

"Paling mudah pemaju jual rumah kira-kira RM600,000. (Richmont) Residence itu semua orang dah duduk. OC (sijil pendudukan) pun semua dah dapat.

"Tapi, pampasan ketiga-tiga ini tak mampu bayar," ujar sumber di Pulau Tikus petang tadi.

Ekoran itu, sumber berkata, Melayu daripada keluarga berwajib melancarkan kempen tolak Rowena Yam Teng merupakan calon BN di DUN berkenaan.

Ini kerana, katanya, Rowena Yam didakwa pernah mewakili Richmont Sapphire semasa berurusan dengan penduduk Jelutong berwajib, tapi, tidak menerima pampasan sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment