Mengapa Daftar Pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum dipamer kepada khalayak sungguhpun Parlimen telahpun dibubarkan semalam?
Ekoran itu, Naib Presiden PKR, Fauziah Salleh hari ini menggesa suruhanjaya segera mengumumkan daftar pemilih yang akan diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.
Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir digazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka, daftar pemilih itu wajar digunakan semasa Hari Mengundi nanti.
Pun begitu, katanya, nama pengundi berdaftar yang mati wajar dikenal pasti dan dipotong dari daftar pemilih.
No comments:
Post a Comment