Parlimen Permatang Pauh yang dikosong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hampir pasti diisi oleh che'GuBard.
che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ikonik gerakan anak muda jelajah seluruh negara menentang rejim Umno Barisan Nasional belakangan ini.
Itu, cakap-cakap politik dalam kalangan orang tempatan yang menghadiri ceramah kelompok malam tadi di Kampung Besar, Permatang Pauh kendalian Amir Ghazali, Ketua AMK Pulau Pinang.
Beberapa veteran PKR setempat turut memuji Anwar kerana memilih untuk bertanding di Parlimen Lumut yang dilihat 'kerusi tidak selamat'.
Mereka berkata, strategi Anwar memugar Parlimen Perak itu bukan sahaja untuk menyedar keyakinan rakyat terhadap PKR, malah, untuk menggoncang DUN Pangkor yang disandang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Umno Perak).
Tidak cukup dengan itu, mereka berpendapat, Amir wajar dicatur ke DUN Penanti memandangkan Datuk Seri Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang) diumum bertanding di Parlimen Nibong Tebal.
Perhatian rakyat kini turut menumpu pada kerusi Parlimen Balik Pulau kerana PKR mempunyai banyak calon berwibawa.
Selain Yusmadi Yusoff yang menyandang kerusi Parlimen itu, hartawan Mohd Bakhtiar Wan Chik turut disebut-sebut ke Parlimen itu.
Aktivis Pas yang juga anak tempatan, Zolkifly Md Lazim turut disebut-sebut nama baru di Parlimen itu.
Malam ini, Anwar dijadual umum senarai penuh calon PKR Pulau Pinang di ceramah politik Sungai Ara, Bayan Lepas.
No comments:
Post a Comment