21 March 2013

Selagi Rosmah takut cicak, Najib tak panggil PRU13!

KEPEMIMPINAN Umno di Perak dan Selangor masing-masing menegaskan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di mana-mana negeri itu langsung tidak menggentarkan mereka.

“Itu hak Anwar mahu bertanding di mana. Kita sedia berdepan dengan beliau di mana saja dia bertanding,” kata Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

“Kita dalam BN tidak akan gentar hadapi sesiapa sahaja, baik tokoh-tokoh dikenali atau tidak berhadapan dengan kita di Parlimen atau negeri,” kata Menteri Besar Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Iltizam politik itu diluahkan semasa rakyat masih menanti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pilihan raya umum.

No comments:

Post a Comment