14 February 2013

Wang ringgit kita itu 'Kertas Hutang'!!!


Kertas Ringgit Malaysia adalah kertas hutang.

Dulu, penjajah pun pernah perkenal kertas mata wang. Tujuan mereka perkenal itu semua supaya rakyat berlumba-lumba melakukan apa jua yang mereka mahu.

Mereka mahu emas, bijih dan getah. Rakyat berlumba-lumba bekerja di lombong emas, lombong bijih dan ladang getah untuk mendapatkan kertas hutang ini.

Kertas hutang ini penting untuk rakyat membeli barang keperluan sampailah membayar cukai itu dan ini semasa zaman kolonial.

Apa yang nak disebut di sini, kertas Ringgit Malaysia itu adalah kertas hutang, ia sekadar 'mekanisme sosial' semata-mata.

Sekarang pun sama, BR1M RM500 yang diberikan kepada kita adalah kertas hutang.

RM500 itu adalah kertas hutang yang dikejar-kejar kita untuk memenuhi keperluan hidup kita.

Kita perlu kertas hutang itu untuk membeli makanan minuman, sewa rumah, beli minyak petroleum dan satu lagi, membayar cukai kepada kerajaan.

Premium insurans kenderaan yang dinaikkan adalah cara kertas hutang ini dikitar semula.

Sebenarnya, kita tidak mengejar apa-apa, kecuali kertas hutang dengan keringat serta tanggapan politik kita semata-mata.

Inilah fundamental dalam falsafah wang kertas Ringgit Malaysia yang perlu kita tahu sebelum menerima BR1M RM500 dan bersedia untuk membayar balik pelbagai cukai, termasuk premium insurans kenderaan.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
0194241583

No comments:

Post a Comment