14 February 2013

Nafi jadi MB Perak, Zahid bersama Najib atau Muhyiddin?

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) bersama Muhyiddin Yassin (tengah)
NAJIB Razak di mana semasa PAU lepas?
BEBERAPA Menteri Umno terus dilihat menafikan desas-desus akar ubi parti di Perak yang mendedahkan kemungkinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon kekal Menteri Besar pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal sabotaj kelak.

Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Halusi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II) dan Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) masing-masing dilihat serahkan menyembunyikan impian masing-masing.

Mereka turut menolak rahsia umum parti di negeri berkenaan yang menyebut masing-masing giat turut padang bagi menggantikan Zambry selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

"Kami beri jaminan program turun padang yang diadakan adalah untuk membantu Zambry memperkukuh usahanya, bilakah untuk mengambil alih tempatnya.

"Beliau (Zambry) banyak memberi pembangunan kepada Perak serta rajin turun padang dan mesra rakyat," dalih Ahmad Zahid di Parit Buntar, semalam.


Sumber setempat memberitahu, ketiga-tiga Menteri berkenaan dalam pemantauan grup Najib yang juga Presiden Umno kerana disebut-sebut 'mahu pindah ke kem Muhyiddin' sempena menghadapi saingan di Pemilihan Agung Umno (PAU) depan.

Malah, sunber sama menjelaskan, Zahid turut ditawarkan kerusi Menteri Besar Perak jika proses Muhyiddin 'menggantikan' Masih berjaya kelak.

Muhyiddin kini merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Presiden Umno.

Menjelang pilihan raya umum, sumber berkata, transisi kepemimpinan Najib kepada Muhyiddin mampu melonjak kemenangan Umno BN, sungguhpun dalam kondisi majoriti mudah. -END

No comments:

Post a Comment