05 February 2013

Harus sambut Tahun Baru Cina demi dakwah, erat persaudaraan insan

SESUNGGUHNYA, Rasulullah s.a.w mengambil kesempatan bertemu orang ramai yang berkunjung ke Makkah sempena musim haji.

Pengunjung semua itu mengamal budaya jahiliah, iaitu penyelewengan pada syariat haji yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w di tengah kegelitaan perayaan jahiliah itu mengajak manusia untuk mengenali keadilan Islam serta menyambung persaudaraan sesama insan.

Inisiatif itu membawa pada berlangsungnya Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua, sehingga membawa pada pemeteraian piagam bagi negara moden Madinah.

Rasulullah s.a.w tidak menguatkan kebudayaan Jahiliah, tetapi mengambil kesempatan dengan mendekatkan manusia kepada Islam selain menguatkan persaudaraan sesama insan.

Tidak boleh menguatkan agama lain, termasuk dalam hal perayaan mereka kerana "tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah".

Atas sebab itu, adalah harus kita mendekati bukan Islam sempena perayaan Tahun Baru Cina yang kian tiba dengan menjelaskan mengenai keindahan Islam.

Mengunjung rumah bukan Islam sempena perayaan ini pun sebenarnya dapat mengeratkan persaudaraan sesama manusia.

Tidak salahnya memberi hadiah kepada bukan Islam kerana Asma' Abu Bakar yang menolak pemberian hadiah atas alasan ibunya bukan Islam itu pun ditegur oleh Allah.

Sesungguhnya Islam mengajar persaudaraan sesama manusia kerana saling mengenali itu boleh mendekatkan kita pada ketakwaan kepada Allah.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat:13)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus