29 September 2012

Bajet 'Minta Nyawa' 2013: Gelar PR Saudagar Mimpi cara Najib 'cover line'?

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi seakan menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai  "Saudagar Mimpi" semasa membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

Malah, Najib yang juga Menteri Kewangan seakan cuba menggambarkan pembangkang tidak berupaya untuk melunaskan segala manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lepas.

"...Jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka (Pakatan Rakyat), apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa...," ucap Najib di Dewan Rakyat, 28 September 2012.

RESPONS FAQAR:
Sejak Kerajaan Negeri Pulau Pinang berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008, sebanyak 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah telahpun berjaya dibina di negeri berkenaan melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pulang (PDC).

Dari jumlah itu, pihak swasta telah membina 8,175 unit rumah, iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 7,790 rumah kos sederhana rendah.

Tidak cukup dengan itu, pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan hasrat membina lebih 18,000 lagi rumah kos rendah dan sederhana rendah di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan melalui PDC jua.

Sejumlah RM500 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri dalam Tabung Rumah Mampu Milik, iaitu sebahagian dari dana hasil penjualan 102.6 ekar tanah Bayan Mutiara dekat Bayan Lepas secara tender terbuka yang bernilai kira-kira RM1.07 bilion.

Pelan pembangunan fasa pertama 12,000 rumah mampu milik berkualiti di Batu Kawan telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 17 Februari lepas.

Pun begitu, pemimpin Umno sama seperti Najib, sebelum ini dengan masuk ke kampung-kampung lalu menyebarkan dakyah serta fitnah kononnya pentadbiran Guan Eng cuba mengusir Melayu dari pulau melalui projek rumah di Batu Kawan itu.

Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah (PDT) P.Pinang di bawah bidang kuasa kerajaan Barisan Nasional pusat sendiri sebenarnya telahpun mendedahkan, 6,000 unit rumah mampu milik lain akan dibina dalam fasa kedua di atas 77 ekar tanah yang telahpun dikenal pasti di kelima-lima daerah seluruh Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Tanah yang dikenal pasti di Seberang Perai Utara seluas 28.9 ekar, diikuti Seberang Perai Tengah (31.71 ekar), Daerah Timur Laut (10.21 ekar) dan Daerah Barat Daya (5.84 ekar).

Terbaru, pentadbiran Guan Eng dilaporkan pula menyerahkan 7.2 ekar lagi tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Chelliah, George Town kepada PDC untuk dibina empat blok rumah kos rendah dan sederhana rendah untuk semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India dll.

Semua ini berlaku sebelum Najib membentangkan Bajet 'Minta Nyawa' 2013.

Semalam, Najib baru mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk membina 500 ribu rumah.

"...Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan oleh PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama dengan harga jualan antara (RM)100(,000) hingga RM400,000 seunit..." ucap Najib di Dewan Rakyat semalam.

Sila baca respons saya sebelum ini yang berjudul, "Bajet 'Minta Nyawa' 2013: RM10,000 dibina tapi Umno BN jual RM100,000 hingga RM400,000 kepada rakyat."

http://faqar.blogspot.com/2012/09/bajet-minta-nyawa-2013-rumah-rm10000.html?m=1

Saya tak mahu lah mengatakan Najib meniru inisiatif Bajet Kerajaan 'Berjiwa Rakyat' Pulau Pinang yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Negeri berkenaan sungguhpun banyak Pihak menganggap sedemikian pada setiap kali Perdana Menteri itu membentangkan belanjawan di Parlimen.

Apa yang saya nak sebutkan di sini, pentadbiran Najib "macam tertinggal bas" atau terlewat dalam mengemukakan cadangan ini walaupun nampak compang-camping pada langkah tersebut.

Baca http://faqar.blogspot.com/2012/09/bajet-minta-nyawa-2013-rumah-rm10000.html?m=1

Tujuan menggelarkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai "Saudagar Mimpi" serta mempertikai kemampuan pembangkang mentadbir Pulau Pinang dan tiga negeri lain adalah cara Najib "cover line".

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com
No.A/C 164258481533 (Maybank2U) & 14171020182480 (Bank Islam)

No comments:

Post a Comment