19 July 2012

Bukti projek lereng bukit 'berisiko tinggi' dipamerkan hingga 30 September

Dokumen ini bakal mendedah wajah sebenar Barisan Nasional. 
MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mempamerkan kesemua bukti berupa dokumen, laporan serta pelan merancang projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit sekitar Pulau Pinang yang diluluskan semasa Barisan Nasional menguasai Kerajaan Negeri.

Patahiyah (kiri) dan Aing Tai.
Yang Dipertua Majlis, Datuk Ar. Patahiyah Ismai berkata, langkah berani itu dilakukan supaya rakyat dapat menilai hakikat sebenar di sebalik pelbagai tanggapan negatif yang dilemparkan kepada majlis serta pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Patahiyah berkata demikian semasa pembangkang Pulau Pinang menggambarkan pentadbiran Guan Eng tidak cakna keselamatan rakyat serta cuba memusnahkan keindahan alam di negeri berkenaan.

"Sebenar kita (MPPP) bercadang pamer semua ini kepada orang awam selama dua minggu, tetapi memandangkan dua minggu tidak cukup untuk orang awam menilai semua pelan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang lama sejak 2006 sampai Mac 2012, maka kita akan buka (pamer) selama tiga bulan," ujar beliau baru-baru ini.
Setiausaha MPPP, Ir. Ang Aing Tai itu, Patahiyyah turut hadir pada sidang media di Komtar, di sini.

Pameran terbuka itu bermula pada 1 Julai hingga 30 September depan. Manakala, kamar pameran pula dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Laporan itu antara lain mendedahkan bukti 37 projek  'berisiko tinggi' berkenaan diluluskan semasa Barisan Nasional memtadbir Kerajaan Negeri.

Laporan itu turut menjelaskan, "selepas April 2008 hingga Mei 2012 terdapat 19 projek di atas tanah melebihi 250 kaki (76.2 Meter) tinggi yang diluluskan di bawah ketegori (projek istimewa-Rancangan Struktur Negeri 2007), iaitu sama ada terdapat kelulusan pelan terdahulu atau berdasarkan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Kemajuan MPPP diluluskan pada tahun 13/9/1996."

Tambah laporan itu, "perlu diingatkan di bawah EPU Kerajaan Persekutuan pada tahun 2002 Tanah Bukit ditakrifkan sebagai tanah yang melebihi 150 Meter tinggi dari aras laut."

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan ketelusan urus tadbir pentadbiran Guan Eng di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment