26 March 2012

Sindrum 'jiwa kosong' dan kepentingan hijriah...

HARI ini, saya berasa cukup 'kosong'. Serba tak kena sungguhpun tidak dikejar dengan tanggungjawab di pejabat hatta di rumah.

Perasaan sebegini saya pernah lalui pada semester akhir di Universiti Malaya lebih enam tahun lepas.

Waktu itu, saya jadi bosan dengan politik kampus. Saya mulai giat menulis mengenai Gerakan Mahasiswa Islam: Sumbangan dan Cabaran PMIUM di Abad Ke-21.

Selesainya semester akhir itu, saya tidak tunggu lama. Saya tidak seperti rakan-rakan yang lain asyik mencari kerja di sekitar Lembah Klang.

Saya terus pulang ke kampung di Pulau Pinang. Ramai yang terkejut, mengapa saya bertindak demikian?

Saya kata hijrah boleh mengelakkan kita dari gejala putus asa dalam jalan dakwah (al-futut 'ala tariqu ad-dakwah).

Di Pulau Pinang, saya mendekati pergerakan mahasiswa selain giat dalam dunia akademi di sebuah IPTA di Utara ini.

Sekarang, saya melalui vakuum 'kosong' sekali lagi.

Haruskan saya berhijrah kembali ke Kuala Lumpur pula?

1 comment:

  1. Hijrah perasaan sahajalah....tak perlu hijrah jasadiah

    ReplyDelete