23 March 2012

Selesaikan isu bahaya KKTM dulu sebelum bawa hub pendidikan ke Balik Pulau

PENDAPAT | Isu fizikal Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang dipercayai penduduk setempat sebagai tidak selamat untuk dihuni sehingga sekarang mungkin menjadi cabaran paling besar bagi Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sebahagian bangunan asrama di kolej tersebut sehingga sekarang khabarnya tidak dihuni oleh pelajar.

Pelajar, menurut reaksi penduduk tempatan, takut sekiranya fizikal bangunan itu runtuh.

Masalah saban tahun di KKTM ini implisitnya menghakis kepercayaan rakyat tempatan sungguhpun Umno melalui Kerajaan Pusat cuba membeli kembali harapan rakyat.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan Hilmi yang juga Ketua Bahagian Umno Balik Pulau menawarkan projek hab pendidikan di parlimen berkenaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Ketika pemerintahan BN, kawasan Balik Pulau sememangnya dirancang untuk dijadikan hab pendidikan, malah tiada sekatan untuk membina apa juga infrastruktur berkaitan pendidikan di mana-mana saja," ujar Hilmi.

Justeru, Hilmi dinasihat selesaikan dulu dakwaan KKTM retak dan bahaya untuk pelajar sebelum membuat janji politik kononnya Balik Pulau akan jadi hub pendidikan jika Umno berjaya rampas negeri berkenaan kelak.

No comments:

Post a Comment