07 September 2019

Gosip kenapa pentadbiran Dr Mahathir terkinja-kinja nak terbit lagi Bon Samurai?



TUN Dr Mahathir Mohamad bergosip, konon-konon Melayu laaa nie malas tapi berlagak macam ‘Tuan’ di Malaysia.

SumberAwattt...kalau Faqar nak bergosip  lebih daripada apa yang Dr Mahathir gosip pun, Faqar boleh gosip sebenarnya tau

Jom laa kita bergosip, sejak menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, mengapa banyak kali sangat Dr Mahathir melawat ke Jepun? 

Dan, tiap-tiap kali melawat negara jolokan matahari terbit itu, mesti dia menyatakan hasrat untuk pinjam Yen, bukan membawa pulang FDI ke negara ini?

Sebelum kita gosip dengan lebih jauh, salah seorang Admin Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat (KADER) telah bergosip sakan mengenai isu keghairahan pentadbiran Dr Mahathir menerbit Bon Samurai. Baca lah di Facebook ini!


JANA HUTANG, BUKAN BAWA PELABUR ASING DARI JEPUN...


Sejak PRU14 lalu, banyak kali juga kali Dr Mahathir melawat Jepun. 

Selama tempoh itu, hutang negara dalam mata wang asing Yen Jepun sahaja yang meningkat.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anggarkan hutang negara dalam mata wang asing Yen Jepun bertambah kira-kira RM500 juta



Menyorot sejarah, cerita pentadbiran ghairah berhutang dengan Jepun bukan baru, waktu menjadi Perdana Menteri Ke-4 (1981-2003) ada beberapa rekod pentadbiran Dr Mahathir berhutang dalam Yen Jepun. 

Tengok lah, sepanjang tempoh Dr Mahathir jadi Perdana Menteri Ke-4 ini, hutang dalam mata wang asing Yen ini untuk projek apa? Cuba klik sumber rasmi Jepun.

Berdasarkan laporan itu, semua pinjaman dalam mata wang asing Yen Jepun dulu adalah untuk projek infrastruktur negara.

Kalau nak gosip lagi. Kita ambil kira lagi kroni Dr Mahathir masa dulu yang dapat projek konsesi berkaitan industri  minyak dan gas, lalu dapat pinjaman mudah dalam Yen Jepun. 

Agak-agak, sekarang ini aset dan liabiliti kewangan mereka dalam RM atau dalam Yen Jepun? Takkan dalam USD pulak

Memang patut digosipkan, apabila tak ada pulak macam sekarang di mana Kerajaan Malaysia nak terbit Bon Samurai lagi tapi tak cerita untuk buat projek persekutuan apa? 

9 September 2019, Astro Awani ada melaporkan Tun Mahathir akan bertemu Gabenor JBIC bincang Bon Samurai kedua.


SEBAB APA TERKINJA-KINJA TERBIT BON SAMURAI II?

Ada lah Dr Mahathir dilaporkan nak belajar teknologi tertentu dari Jepun, tapi tak cerita untuk tujuan apa Bon Samurai II ini nak dipinjam? 

Waktu November 2018 dulu pun, penerbitan Bon Samurai I yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanya akan digunakan untuk membiayai pinjaman atau dibelanjakan untuk pembangunan negara.

Langsung tak cerita tujuan bon pinjaman dalam mata wang asing itu diterbitkan.

Sangat berbeza dengan amalan pentadbiran Najib Razak, macam-macam projek pembangunan secara bilateral babit Republik Rakyat China kita dengar nak dibuat di Malaysia, apabila Kerajaan Persekutuan buat pinjaman pelaburan dalam mata wang asing Remenbi Yuen.

Contohnya, ECRL. Najib Razak cerita tujuan projek itu sejelas-jelasnya di Malaysia di sebalik pinjaman kerajaan dalam Remenbi Yuen itu. 


Fahamnya di sini, di sebalik pinjaman pelaburan dalam Remenbi Yuen itu memang akan membawa pemindahan teknologi negara Jepun - seperti Mesin Pengorek Terowong (TBM) ke Malaysia, selain jentera import untuk sektor pemajuan rel awam negara. 

Semacam disebut sebelum ini, Dr Mahathir tak jelaskan sebab apa Kerajaan Persekutuan terkinja-kinja nak terbit Bon Samurai II? 

Kalau kita nak gosip, Dr Mahathir nak pinjam dalam mata wang asing untuk bina sekolah atau buat lebih banyak Projek Perumahan Malaysia, semacam tak masuk akal.

Cadangan Pusat nak hapuskan terus skim rumah sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) RM124 sebulan untuk golongan susuh B40, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sendiri pun terkejut, suruh kaji semula cadangan Menteri Zuraida Kamaruddin itu. 

Kalau betul nak bina sekolah, teknologi atau jentera moden terbaru apa sangat yang tidak dapat tidak wajib import dari Jepun, maka terpaksa lah pentadbiran Dr Mahathir pinjam Yen dari Jepun? Tak ada! 

Tak ada nya semacam Malaysia terpaksa pinjam Remenbi Yuen dari Republik Rakyat China bagi projek bilateral ECRL, sebab terpaksa import teknologi mechatronic baharu serta jentera import - means of production - yang baharu juga. 

Kalau kita nak gosip lagi, mungkin ada kroni-kroni tertentu memang ada simpanan ataupun liabiliti dalam mata wang Yen Jepun dan sebab Kerajaan Persekutuan terkinja-kinja nak terbit Bon Samurai sebab nak “subsidi” kroni-kroni berkenaan.

Macam mana tuh? Tak faham laahhh gosip nie...


GOSIP? BIAR LAH LOGIK! 

Begini. Kadar faedah atas simpanan di bank perdagangan dan kadar faedah atas pembelian bon yang diterbitkan oleh Kerajaan Jepun adalah di bawah lantai sifar. Maksudnya, kalau beli pun tak untung.

Kerajaan Malaysia, melalui Treasury, kalau nak terbit Bon Samurai, kadar faedah mestilah lebih tinggi berbanding yang lantai kadar faedah bagi bon yang diterbitkan oleh Kerajaan Jepun. 

Kalau kadar faedah adalah sama atau lebih rendah, siapa nak beli Bon Samurai yang diterbitkan oleh Treasury Malaysia.

Dengan faedah dll atas Bon Samurai (yang diterbitkan Treasury Malaysia) pada kadar yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan kroni-kroni pemerintah di Malaysia yang ada simpanan dalam Yen melabur demi memperbaiki kedudukan kewangan mereka dalam mata wang asing berkenaan. 

Ini gosip yang lebih ‘masuk otak’ di sebalik sebab Dr Mahathir tak cerita mengapa pentadbirannya terkinja-kinja nak terbit lagi Bon Samurai?

Dan, kalau kita nak gosip lagi, di sebalik tindak-tanduk Khazanah menggadai kepentingannya dalam IHH Healthcare Berhad kepada entiti pelaburan Jepun iaitu Mitsui & Co. Ltd., mungkin juga adalah cara pentadbiran Dr Mahathir ‘subsidi’ kroni-kroni dia.

Betul lah Mitsui itu entiti pelaburan Jepun, tapi pemegang saham atau pihak yang melabur dalam Mitsui itu tak semestinya rakyat Jepun.

Kalau Zainulfaqar dan banyak simpanan dalam mata wang Yen, hatta boleh memiliki syer dalam Mitsui. 

Apabila Mitsui membeli kepentingan IHH Healthcare Bhd., hasil pelaburan IHH Healthcare Berhad yang tengah bagus takkan Zainulfaqar tak merasa? 

Hmmmm....ini gosip! 

3 comments:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete
  2. Have you been in need of good subjection to the competencies and professional capacities on LinkedIn? The very best way-out is thru Buying LinkedIn Endorsements, Connections and Followers.

    Are you presently trying to get good subjection to the talents and professional capabilities on LinkedIn? The best way-out is through Buying LinkedIn Endorsements, Connections and Followers. buy linkedin company followers

    ReplyDelete
  3. anda punya masalah
    Asmara/cinta
    Uang gaib
    Santet & pelet
    Togel
    Penglaris usaha
    Saingan
    Mandul & penyakit
    Transfer Janin
    Keuangan
    KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
    📩 PAK H ABDUL IMRON
    📞Whtasapp : +6285258886953

    ReplyDelete