Cerpen: Semburit...


Gambar sekadar hiasan.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

               SELAMA 21 tahun berkahwin dengan Samsiah, bukan tak ada langsung berantakan rumah tangga. Ada. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Saya bukan malaikat atau Nabi yang maksum. Orang tengah bernama Amin yang kenalkan Samsiah. Pertemuan dalam satu kursus kemahasiswaan di Universiti Sains Malaysia itu membawa pada merisik, kemudian bertunang, lalu adat menjirus sireh. Selepas ke jinjang pelamin, baru kami mula menyubur cinta dan belas. 

                Pada saya, Samsiah sangat seksi dan cantik. Tak ada budak Universiti Sains Malaysia sejelita dia. Dahi luas, dada bidang, menara gading yang gagah dan pinggul montok. Memang sempurna. Selepas beranak sulung, badan masih melentik cantik macam anak dara. Memang sempurna.

                Masuk dua tahun berkahwin, lahirnya anak sulung kami. Namanya Zahratul ‘Ulya. Cantik dan manis, mungkin menurun ibunya. Selang setahun kemudian, lahir pula Azmeer. Mungkin kerana ada keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa, pada tahun sama dalam bulan November lahir pula Qistinaa. 

                 Sejak mula lahir Qistinaa itu, nakal saya menjadi-jadi. Nakal sebegitu memang tak ada waktu Samsiah berpantang untuk Zahratul ‘Ulya dan Azmeer. Tak tahu lah mengapa. Sejak Samsiah mengandung Qistinaa, dia kerap sakit. Cerewet Samsiah pun boleh tahan jua. Kalau tak sabar dek karenah, mungkin badan boleh masuk Syaitan.

                 Samsiah, suka merengus. Ada sahaja yang tak kena. Kadang-kadang saya terlewat sedikit pulang ke rumah pun, dibebelnya. Bukan dia tidak tahu, saya pulang dan pergi ke tempat dengan menaiki pengangkutan awam. Naik bas RapidPenang, kemudian RapidFerry dan selepas itu ambil bas percuma CAT ke Komtar. Pulang pun begitu. Kalau terlepas bas, memang memakan masa yang lebih lama. 

                Sikap Samsiah yang kian payah diduga itu acapkali mengundang kekhilafan dengan saya. Dan, selalu juga dia menyebut bahawa dia jadi sebegitu kerana “mengandung anak” yang konon-konon terkena buatan orang. Puncanya, adalah saya. Kaki tulis dan wartawan, menulis apa sahaja tanpa berfikir kesan buruk yang dihantar orang kepada keluarga saya. Cakap-cakap sebegitu seringkali dimuntahkan dia ketika kami berselisih faham. 

                Sampai suatu hari, waktu saya balik ke rumah, sedikit terlewat, muntah Samsiah menjadi-jadi. Bukan lagi sebab loya mengandung, katanya. Samsiah menyalahkan saya. Belum sempat saya melucutkan sarung kaki dan duduk di kerusi malas seperti biasa sambil melayan Azmeer, tajam sekali pertikaman lidah di antara kami pada lewat petang itu. Pertengkaran sebegitu tidak pernah sebelum ini, sangat tajam. Samsiah seakan dirasuk hantu. Itu yang saya fikir, mungkin juga fikiran sebegitu kerana saya juga dibisik Syaitan. 

               Selepas kejadian itu, lama juga saya bermasam muka. Samsiah yang merajuk dan tunggu dipujuk, saya langsung tak layan. Hatta mak yang sedar dengan gegaran Arasy Tuhan ini minta saya berlembut sedikit, pergi bertandang ke rumah mak mentua di Baling dan menjemput pula Samsiah dan anak-anak. 

              Saya berkeras. Hampir dua minggu jua Samsiah, Zahratul ‘Ulya dan Azmeer di kampung. Keras sungguh saya pada kali ini.

              Dalam perasaan yang berbolak balik dan kadang-kadang dibelenggu kebingungan dan rasa sepi, saya mencari hiburan di luar. Satu malam, ketika Samsiah yang sedang mengandung Qistinaa buat perangai, kami bertengkar lagi. Walaupun tidak lah sekeras sebelum itu, perselisihan faham itu telah membawa Samsiah mengunci diri dalam kamar tidur kami. Ibu saya minta saya memujuk, tapi saya buat-buat keras hati untuk menyembunyi perasaan bosan. Kata saya dalam hati, “kalau badan lendik cantik dan seksi sekalipun, tapi sebegini perangai, memang membosankan.”

              Lalu, saya keluar tengah-tengah malam, menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam, meluncur ke pejabat. Tengah-tengah malam sebegitu, kalau nak memanjat pengangkutan awam pun, sudah tiada. Dalam perasaan yang berbolak-balik dan bercampur-campur, telah mengikat tekad saya untuk tidak pulang bermalam di rumah. Saya menginap di Hotel Merah, sebuah hotel bajet terkenal di tengah-tengah Georgetown Tapak Warisan Dunia UNESCO.

              Pada malam itu, di sebelah kamar hotel tempat saya menginap, kedengaran tawa riang seorang pengunjung dengan beberapa pelayan wanita sambil bercumbu-cumbuan. Saya bersekedudukan tanpa izin dengan salah seorang pelayan, yang jua suka sama suka untuk menemani saya di kamar. Katanya, letih dan malas untuk pulang ke rumah.

              Entah mengapa darah saya begitu panas pada malam itu. Melampias serakah beberapa ketika, saya dipeluk rasa kekesalan. Kesal, kerana begini saya membalas kesetiaannya Samsiah  Saya berbelah bahagi. Nak pulang tapi berasa malu untuk bertentang mata dengan isteri muda cantik jelita saya.

              Keesokan harinya, menjelang Zuhur, kebetulan hari Sabtu tak bekerja, baru saya pulang. Samsiah tak merajuk lagi. Dia janji untuk tak merajuk lagi. Saya berasa semakin bersalah.

               “Ke mana abang malam tadi,” tanya Samsiah sambil memecat sarung kaki saya yang tengah duduk di sofa. Sekejap kemudian, dia keluar dari dapur sambil membawa Kopi Kapal Api yang saya begitu gemari.

               “Saya tidur di rumah kawan,” saya menipu Samsiah sambil tenangkan jiwa bahawa cakap-cakap saya itu adalah bohong sunat.

               Lebih seminggu juga saya tengok Samsiah tak buat perangai. Saya jadi bertambah bersalah. Mungkin Samsiah tak membentak-bentak, merengus dan masuk hantu kerana takut suaminya itu tidur rumah kawan lagi. 

               Kata Samsiah, “saya malu tengok abang keluar malam.” Sambil tersenyum, katanya lagi, “tak ada sesiapa nak berbisik di lurah bawah Sam ini.” 

               Memang begitu lah Samsiah, tidak kira berbadan dua atau dalam pantang atau tengah tiada apa-apa, tiap-tiap malam memang mendamba hiburan bersama di atas ranjang. Tidak pernah mengecewakan, kata saya dalam hati sambil membalas senyuman Samsiah.

               “Awak jangan masuk hantu lagi,” kata saya acah-acah keras hati.

               Namun, jauh dalam benak perasaan saya berbaur pelbagai perasaan. Salah satunya, rasa bersalah terhadap Samsiah. Namun, ada perasaan sama meruntun-runtun dengan Alia, pelayan yang tidur bersama saya di Hotel Merah baru-baru ini. 

               Seperti Samsiah, Alia jua pandai berbual dan melayan serta hebat di atas ranjang. Malam itu telah membuaskan kembali kenakalan saya, walaupun Samsiah di rumah tidak buat perangai lagi.

               Malam itu, saya keluar tengah malam. Ada kematian kawan. Saya menipu Samsiah demi Alia. Kami saling berasmara, membuaskan serakah masing-masing di kamar hotel yang sama. Memang Alia menunggu saya. 

                “Abang dah tengok video semburit babit lelaki mirip Menteri?” tanya Alia memancing saya.

                “Lia percaya benda sebegitu,” tanya saya balik. 

                “Entah laaa.” Sambung Alia lagi, “abang rasa tulen tak video itu.”

                Seperti bersekedudukan kita tanpa izin di hotel ini, kata saya, sama ada lelaki mirip menteri itu seorang homoseksual atau tidak, itu adalah isu terlaku peribadi. “Macam kita bersetubuh malam ini, suka sama suka, akan kekal dianggap isu terlalu peribadi. Tapi, kalau abang Menteri, ada video, mungkin isu sebegini akan dikomersialkan.”

                 Alia bertanya lagi. “Ada orang kata kalau tulen video itu, patut dilepas jawatan Menteri.”

                 “Kalau Menteri itu ada polisi yang bagus untuk ubah kualiti rakyat, tak payah letak jawatan Menteri. Abang bukan peduli pun bab orientasi seksual dia pun.” Sambung saya lagi, “tapi kalau jadi Menteri, tiada polisi bagus, tak payah tunggu ada video aksi semburit, kalau dia tak kentut pun, orang akan bergosip sebab saling tak suka dia jadi Menteri.”  

                  Malam itu, kami bersembang panjang. Selepas malam itu, kami seringkali bersama tidak kira siang atau malam, di hotel mahupun di bilik sewa tempat Alia menginap tak jauh dari Komtar jua. 

                  Sampai satu hari, saya ternampak gambar Alia bersama-sama Salmiah dimuatnaik dalam Facebook. Rupa-rupanya mereka satu sekolah. Mereka menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Alumni Sekolah Tun Aminah. Sejak hari itu, saya tidak lagi saling bertemu dan bersama Alia lagi. Semuanya, demi Zahratul ‘Ulya, Azmeer dan anak bongsu kami bernama Qistinaa yang nak masuk usia dua tahun.

                   Bukan kerana saya tak gatal. Bukan jua kerana saya sudah taubat. Tapi, sebab saya berfikir panjang berbanding keserakahan dalam hati saya yang pendek ini. Belut pun kena ranjau. Ingat!

                   Benarlah kata seorang filosof, “yang panjang itu fikiran. Yang pendek itu perasaan.” 

END 

Comments

Disqus