21 June 2019

Pentingnya rakyat percaya dakyah Loanable Fund Theory, kenapa?


APA sahaja yang dijanjikan oleh Kerajaan berdaulat dalam mata wang yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan berdaulat itu, sebenarnya dijamin untuk ditunaikan kembalik. Ini, realiti ketika negara telahpun berubah daripada sistem gold backed currency kepada fiat money system.





Zainulfaqar Yaacob
Kelab Diakusi Ekonomi Rakyat (KADER)




PERDANA Menteri Ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata pentadbirannya tidak menolak kemungkinan akan menjual lebih banyak aset termasuk tanah milik persekutuan demi mengekalkan angka hutang negara pada tahap yang boleh diurus.

16 Jun 2019 lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula dilaporkan berkata Kerajaan Pusat mungkin akan menghanguskan kira-kira RM75 bilion untuk menunaikan segala tuntutan dalam skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB), di mana sepatutnya RM75 bilion itu boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan milik persekutuan seperti sekolah, balai polis, balai bomba, kediaman tentera dll. 

Seolah-olah duit dalam ekonomi termasuk yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah dalam dalam jumlah tetap (fixed), tidak bertambah walau RM1 ataupun berkurang walau RM1 jua.

Naratif ekonomi politik Dr Mahathir dan Guan Eng ini seakan bermuarakan Loanable Fund Theory



LOANABLE FUND THEORY

Secara teorikal, Loanable Fund Theory ini merujuk pada kadar faedah ditentukan berdasarkan permintaan serta perbekalan dana pinjaman, dalam pasaran. 

Dana pinjaman yang boleh digunakan termasuk lah semua bentuk kredit, seperti pinjaman, bon atau deposit simpanan.

Menyorot sejarah, era 1930-an dulu, ekonomis Dennis Robertson yang membawa doktrin ini.

Waktu itu, sistem mata wang British sendiri masih bersandarkan serta diikat pada emas (gold backed currency), bukan lah berdasarkan sistem mata wang fiat sebagaimana digunakan pada hari ini.

Berdasarkan Loanable Fund Theory ini, andaikan jumlah duit yang diikat pada emas, dalam negara adalah RM100 bilion, kalau hutang sebenar (abselute debt) Kerajaan Persekutuan telahpun mencecah RM60 bilion, maka, yang boleh dibelanjakan hanya baki RM40 bilion itu sahaja.

RM40 bilion itu lah yang Kerajaan Persekutuan wajib berbelanja secara ‘berhemat’. Dan, kalau sektor bukan kerajaan (private sector) berhasrat menggunakan dana pinjaman berbentuk kredit seperti pinjaman, bon ataupun deposit pinjaman pun, daripada Kerajaan Persekutuan, adalah terhad pada baki RM40 bilion itu juga.

Oleh kerana jumlah emas adalah fixed, maka seolah-olah jumlah Ringgit Malaysia yang dibekalkan oleh BNM kepada Treasury jua mesti dalam jumlah yang tetap jua. 

Ini, sangat menolak realiti!


DASAR NEOLIBERAL 

Ekonomis arus perdana Malaysia tertentu mungkin ada yang percaya konon-konon kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysian adalah disebabkan amalan ‘cetak duit’ - fiat money system!

Bagi mereka, penyelesaian terbaik adalah menggunakan sistem dinar emas, atau dengan ertikata lain kembali pada sistem gold back currency.

Ahli politik NeoLiberal tidak pernah pun menentang dakyah-dakyah aneh sebegini, namun, itu tidak bermakna mereka juga percaya bahawa sistem ekonomi secara bernegara perlu berundur ke era lama iaitu gold backed currency.

Setidak-tidaknya dengan adanya fahaman aneh seperti sistem dinar emas serta peri penting kembali pada era gold backed currency ini, seakan masih mengikat naratif ekonomi rakyat teramai pada Loanable Fund Theory.

Loanable Fund Theory ini sangat penting bagi ahli politik NeoLiberal untuk pelaksanaan dasar penswastaan, gadai aset-aset persekutuan, amal program perkongsian awam-swasta (PPPP), dasar ekonomi ikat perut (austerity policy), mengecilkan perbelanjaan sektor awam (cut spending) dan banyak lagi.

Rakyat teramai perlu didoktrin untuk percaya bahawa Kerajaan Persekutuan juga sebenarnya seperti rakyat kebanyakan jua, ada ‘kekangan kewangan’ dan ‘kekangan perundangan’ untuk berbelanja lebih (deficit spending) dalam melaksanakan satu-satu polisi fiskal.

Oleh itu, tidak salah lah andai ada pihak swasta sanggup untuk membiayai projek infrastruktur awam, yang sepatutnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sendiri, asalkan rakyat masih boleh ‘enjoy’ menggunakan perkhidmatan awam itu. 

END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus