GAMBAR seorang penyokong mengangkat plakad ‘Bebaskan Lula’ dalam satu demontrasi rakyat Brazil di bandar raya Curitiba pada 7 April 2019, sebagai membantah ‘tahanan tanpa bicara’ ke atas bekas Presiden tersebut.
GAMBAR Lula dinaikkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Persekutuan dekad Curitiba, sebagai membantah aksi ‘tahanan politik’ yang dikenakan ke atas bekas Presiden Brazil berkenaan.. Aksi pada 7 Februari 2019, selepas surat Lula dari penjara mengajak rakyat teramai agar menghalang pemerintahan era Jair Bolsonaro agar bersekongkol dengan Amerika Syarikat melaksanakan aksi subversif ke atas negara Venezuela pula.
BEKAS Presiden Brazil, Lula atau Luiz Inácio Lula da Silva menemui penyokong di kawasan setentangan dengan Mahkamah Curitiba, Brazil, sebelum sesi perbicaraan bermula pada 11 Mei 2017.
SERGIO Moro (kiri) dan Lula.
MAHKAMAH Persekutuan, Brazil.
RAKYAT teramai Brazil termasuk pendokong Parti Buruh turun ke jalan raya membantah ‘tahanan tanpa bicara’ terhadap Lula, pada awal April 2019 baru-baru ini.
JAIR Bolsonaro (kiri) saling berpeluk dengan Menterinya, Sergio Moro yang juga bekas Hakim Mahkamah, Curitiba.
Sebelum itu pun, “lantikan politik” turut dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Abdul Hamid Bador sendiri pernah ditularkan mengaku setia kepada Dr Mahathir sebelum dimahsyurkan sebagai Ketua Polis Negara.
Walaupun Thommy Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara (AG) payah untuk dikaitkan sebagai “orang kuat” Dr Mahathir, kuasa seorang yang boleh membuka, memulakan dan menghentikan perbicaraan telahpun melepaskan Lim Guan Eng dari perbicaraan ‘kes terowong’ di mahkamah.
Tak kisah lah sama ada tindak tanduk politik Dr Mahathir itu selari atau bercanggah dengan Manifesto Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, 9 Mei 2018.
Yang jelas, Dr Mahathir sangat tahu masa ia sepatutnya mengggunakan ‘pertimbangan politik’ dalam mengurus sistem demokrasi termasuk lah mengenai doktrin pengasingan kuasa.
Sama ada beliau menimba pengalaman daripada Lula di Brazil atau ada pencerahan dari sumber lain seperti Tun Daim Zainuddin dalam pelantikan Latheefa, Abdul Hamid ataupun Thommy Thomas, beliau membuktikan bahawa dirinya memang wajib melantik mana-mana individu atas ‘pertimbangan politik’ yang sangat real dalam kerangka negara bangsa modern.Mungkin Malaysia sangat berbeza dengan Brazil. Gandingan Dr Mahathir - Daim memang NeoLiberal, tak sama dengan Lula yang Centre-left.
Jadi, takkan lah Rumah Putih AS nak ‘kerjakan’ Dr Mahathir. Kalau Najib Razak yang terang-terang mesra Republik Rakyat China, setuju laksana projek-projek bilateral di Malaysia hatta merugikan kroni-kroni kapitalis pemerintah sebelum ini, ada asas juga untuk media antarabangsa serta badan-badan dana asing mesra AS membantu bagi menyingkirkan Najib.
PUJIAN BUAT TUN, “TEMPANG” ANWAR
Walaupun begitu, Dr Mahathir memang tak boleh tersalah langkah juga dalam soal melantik mana-mana individu bagi mengisi badan-badan penting dalam negara.
Sebab apa? Kerana, Dr Mahathir tetap ada pasaing politik lain dalam negara Malaysia, sama ada pembangkang utama iaitu UMNO BN serta PAS; ataupun fraksi lain dalam PH sendiri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Ke-8 Malaysia seakan tiada kejelasan politik seperti Dr Mahathir.Dalam nada sokongan, Anwar turut menuntut Dr Mahathir memberi penjelasan mengenai pelantikan Latheefa. Katanya, langkah Dr Mahathir dikritik banyak pihak, kerana bercanggah dengan Manifesto PH, semangat demokrasi tulen.
Walaupun Anwar tidak menyebut aksi Dr Mahathir itu bercanggah dengan doktrin pengasingan kuasa, tapi Presiden Parti KeADILan Rakyat itu tetap menegaskan era Malaysia baru ini perlu melaksanakan institutional reform.
Tanpa sedar, Anwar seakan seakan mengikut regulatory framework yang ditaja oleh pihak asing iaitu Amerika Syarikat, sebagaimana Lula terperangkap oleh regulatory framework yang dibuat oleh ‘tangan pentadbiran’ beliau sendiri.
Institutional reform adalah sama pengertian politiknya dengan regulatory framework berasaskan polisi NeoLiberal, tajaan Rumah Putih AS ke atas negara-negara membangun.
DUDUK semeja, bincang.
PRU15: ABAIKAN INSTITUTIONAL REFORM AGENDA!
Kelak, selepas PRU15, tidak kira lah sesiap pun pemerintah, jangan terlalu naif atau menipu diri sendiri, konon-kononnya domokrasi, doktrin pengasingan kuasa, regulatory framework hatta institutional reform adalah kemuncak pada aras tanda Malaysia maju atau tidak.
Kalau Najib kembali jadi Perdana Menteri Malaysia pun, dia akan mengambil sikap seperti Dr Mahathir jua, melantik individu-individu bagi mengetuai badan-badan penting negara atas pertimbangan politik.
Najib dan Dr Mahathir pasti tak senaif kebanyakan pemimpin akan umbi PH yang terlalu fantasi dengan Manifesto PH, prinsip demokrasi, doktrin pengasingan kuasa dan sebagainya.
Secara politik, Najib akan melantik individu berkaliber seperti Tan Sri Shafee Abdullah sebagai AG, andai pentadbriannya juga ada ‘pertimbangan politik’ untuk menyelongkar balik kekayaan anak-beranak para ‘bekas’ Menteri PH termasuk Dr Mahathir sekeluarga.Kalau Najib nak meneruskan lagi polisi-polisi real moden dan progresif yang tertangguh sejak PRU14 lalu, ‘secara politik’ juga pentadbirannya boleh buat.
Projek Rumah Awam untuk kakitangan kerajaan di Lembah Klang dijual dengan harga murah kepada anak-anak penjawat awam telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat era UMNO BN sebelum PRU14, tanpa ada pindaan akta berkaitan pun di Parlimen.
ANGKAT POLISI FISKAL PEOGRESIF!
Memadai Kerajaan Pusat mempunyai iltizam politik, serta ada Planned Economy, sama ada melibatkan pembiayaan awam atau melalui GLC (off balances-sheet seperti Kuaters Tentera di Kampung Selamat A Sungai Buluh).
Andai pasca PRU15 nanti, sesiapa pun menjadi Kerajaan Persekutuan takkan rakyat teramai tak boleh memberi undi kepada parti yang nak melaksanakan polisi fiskal seperti di bawah:
- 100% Rumah Mampu Sewa Selesa (luas lantai minimum 1,000 kaki persegi tapi kadar sewa maksimum RM300 sebulan walaupun di tengah-tengah Kuala Lumpur, George Town & Johor Bharu),
- Skim Jaminan Kerja (Job Guarantee Scheme), termasuk untuk kerja-kerja bersih laut & sungai serta projek hijaukan semula hutan negara, ke arah mencapai kadar guna tenaga buruh penuh (full employment)
- RM700 insentif bulanan kepada semua warganegara berusia 60 tahun
- Hapuskan tunggakan PTPTN & laksana sistem pendidikan percuma sehingga peringkat Universiti Awam
- Bina lebih banyak hospital kerajaan sejajar dengan peningkatan tahap kepadatan penduduk setempat, agar rakyat lebih enjoy sekaligus menyediakan peluang pekerjaan tetap serta lebih bagus untuk lambakan graduan bidang perubatan, kejururawatan, perkhidmatan dll yang menganggur sampai terpaksa pandu Grabcar.
- Laksana Fix Capital Formation, perbanyakkan projek pembangunan rel awam ke seluruh negara, regulasi sistem tol lebuh raya, ke arah polisi Moving People Not Car.
- Susun semula sektor-sektor perkhidmatan. Antaranya, bina baru atau menerusi GLIC ambil alih kepentingan Crabcar, turunkan kadar potongan daripada 25% yang selama ini menjarah keringat pemandu menjadi serendah 5% agar mereka pun “enjoy”
- Kukuhkan pelan Food Security, termasuk lah melaksanakan Industrialization Agricultural, di mana Kerajaan Persekutuan memodalkan secara besar-besaran dan langsung dalam ekonomi, agar kaum petani, nelayan, paladang, penternak dll yang selama ini menyumbang pada bekalan makanan negara cukup, lebih enjoy.
Ada banyak lagi sebenarnya boleh dibuat oleh sebuah Kerajaan Pusat yang ada kedaulatan atas mata wang Ringgit Malaysia serta ‘secara politik’ memang menguasai segala sumber serta struktur pentadbiran badan-badan Kerajaan.
KESIMPULAN
Ini, perbincangan Teori Ekonomi Pembangunan, sesuatu yang lebih penting berbanding perbincangan Modern Monetary Theory (MMT) yang digarapkan oleh Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat (KADER) di Facebook sebelum ini.
Di Brazil, rakyat terbanyak yang turun ke jalan raya telah ada berkata, bahawa mereka peduli apa mengenai berapa juta pun jumlah rasuah yang dituduh ke atas Lula, kerana mereka mengaku lebih enjoy guna sistem rel pengangkutan awam yang bagus, dapat sewa rumah pada kadar yang rendah di tengah-tengah bandar raya Curitiba.
Kita di Malaysia? Masih nak bincang demokrasi, doktrin pengasingan kuasa, skandal 1MDB, Jho Low, ‘Malaysia nak bankrap(?)’, ‘Kerajaan tak ada duit, hutang negara lebih RM1 trilion’, Manifesto PRU14 dll?
Jangan menolak realiti lah!
LULA, 73 tahun.
No comments:
Post a Comment