Rakyat puji Kerajaan bina Penang Sentral, kenapa?


TERSERGAM indah Penang Sentral dekat Bagan Dalam yang menjadi satu lagi mercu pembangunan negeri Pulau Pinang.


Pengunjung akui riang, bangga menggunakan kemudahan awam Penang Sentral



Oleh: Zainulfaqar Yaacob

KADER | Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat 



 Tinjauan Awam  | Penang Sentral yang siap tersergam indah dengan pelbagai kemudahan awam canggih dan moden dapat dinikmati oleh rakyat terbanyak, apabila Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih (deficit spending).


Dengan deficit spending Kerajaan Pusat dalam sektor awam, maka simpanan bersih tunai (net savings) bagi sektor bukan kerajaan juga wujud, seterusnya menyumbang pada pertumbuhan ekonomi domestik. Ini, Sectoral Balance!


Menariknya di sini, belanja pembangunan (OpEX) oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Sdn. Bhd. adalah kira-kira RM280 juta bagi menyiapkan fasa 1 Penang Sentral ini, sekaligus menunjukkan Kerajaan Pusat terdahulu melaksanakan off-balance sheet dalam meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur awam di Pulau Pinang. 


Menurut syarikat berkaitan kerajaan (GLC) persekutuan itu, nilai pembangunan kasar (GDV) bagi fasa 1 Penang Sentral yang telah siap, adalah kira-kira RM2.8 bilion. Bayangkan!


Apa faedahnya Kerajaan Pusat ‘terdahulu’ berbelanja lebih (deficit spending) dengan melaksanakan projek awam 100% milik negara dan rakyat ini, seperti fasa 1 Penang Sentral?


Banyak... antaranya lebih ramai jurutera dan tenaga buruh terlatih ada pendapatan dengan bekerja bersama-sama MRCB.


Sebenarnya ada banyak kesan berganda (multiplier effect), sama ada secara ekonomi mahupun dengan melihat impak sosial. 


Untuk lebih jelas, marilah kita melihat hari pembukaan Penang Sentral pada 22 November 2018 lalu, yang menyaksikan tiada lagi kerja-kerja pemajuan di tapak pembinaan fasa II di sini juga.


Jika Kerajaan Pusat hari ini menangguhkan projek fasa II Penang Sentral kelak, kesan berantai lain yang buruk antaranya mengganggu aliran tunai (cash flow) MRCB; tenaga buruh terlatih hilang pekerjaan; sementara mesin jentera pembinaan tidak digunakan semaksimum mungkin. Ini, analisa secara opportunity cost!


Pun begitu, tinjauan rawak kepada pengunjung di Penang Sentral pada 22 November lalu, menyaksikan mereka memuji usaha Kerajaan Pusat membina Penang Sentral.


Kalau Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan adalah hub pengangkutan bersepadu bagi Lembah Klang, Penang Sentral yang mampu menampung 5,000 pengunjung sehari boleh lah dianggap sebagai hab pengangkutan bersepadu Utara Semenanjung Malaysia.


SALFAIZAH OSMAN, 40, ditemani suami antara ratusan pengunjung pada hari pertama pembukaan Penang Sentral dekat Butterworth pada 22 November 2018 lalu.


Pagi itu, Salfaizah memberitahu beliau mahu melihat sendiri tahap kemudahan awam di dalam kompleks hub pengangkutan awam bersepadu untuk Utara Semenanjung Malaysia. 



SALFAIZAH Osman dan suami ditemuramah di ruang menunggu dekat Kaunter Tiket Bersepadu, Penang Sentral pada 22 November 2018.


“Sistem tiket berpusat di sini sama atau lebih bagus berbanding Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dekat Bandar Tasek Selatan (Kuala Lumpur).


“Sistem e-tiket di Penang Sentral ini tentulah lebih baik berbanding di Terminal Sementara Bas sebelum ini, kerana dengan sistem e-tiket ini, tidak ada lagi aktiviti ulat tiket,” jelasnya kepada wartawan yang membuat tinjauan awam di sini.


14 Ogos 2018, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sendiri datang melawat Penang Sentral. 


Beliau, yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang mahu melihat tahap pemajuan MRCB.


Ketika itu, Ketua Pegawai Operasi MRCB, Shareen Iqbal memberitahu Kon Yeow mengenai faedah-faedah di sebalik projek pemajuan fasa I serta rancangan pemajuan pada masa hadapan di sekitar Penang Sentral, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam dan Parlimen Bagan itu.



E. VIMALA menunjukkan slip tiket yang berjaya dibeli dengan menggunakan kemudahan mesin kiosk di tingkat 2 Penang Sentral.


Seorang pagi respons, E. VIMALA, 31, menzahirkan rasa bangsa dengan tahap kemudahan infrastruktur awam yang disediakan dalam Penang Sentral.


Baginya, reka bentuk serta sistem perkomputeran bersepadu di Penang Sentral seakan adalah termoden dan canggih, berbanding TBS serta KL Sentral dekat ibu negara.


“Saya datang pada pagi ini untuk membeli tiket bas dari Sungai Bakap ke Batu Gajah.


“Masa membeli tiket juga sekejap sahaja, tidak perlu berebut-rebut, sangat berbeza dengan pengalaman saya membeli tiket di terminal sementara bas ekspress yang lama,” jelasnya sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana membina Penang Sentral di negeri ini.


Katanya lagi, melihat pelbagai kemudahan lain, seperti hab makanan terpilih serta lot-lot komersial menyebabkan tujuan pengunjung ke sini tidak terhad pada menggunakan sistem pengangkuan awam bersepadu sahaja.


“Kalau nak makan bersama kawan-kawan pun, ada pelbagai restoran, kalau nak membeli-belah pun kelak boleh juga kerana ada banyak lot-lot komersial akan dibuka.


“Saya berharap, mungkin dalam fasa kedua atau fasa ketiga kelak, kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan seperti UTC (Pusat Transformasi Bandar) juga akan dibuka di sini demi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.


“Sememangnya saya berasa seperti kompleks membeli-belah yang begitu indah, moden dan sangat selesa, walaupun sebenarnya saya ke sini sekarang adalah untuk membeli tiket bas,” jelasnya.



SALAH satu lot komersial yang telahpun dibuka di tingkat 2 Penang Sentral pada 22 November 2018.


Difahamkan, fasa 1 Penang Sentral mula dilaksanakan sejak tahun 2007 lagi, melalui tempoh penangguhan yang panjang sebelum ini kerana isu ketuanpunyaan tanah semata-mata.


Di tingkat 1 terdiri oleh 38 tapak parkir bas ekspess dan bas pengantara.


Di tingkat 2 pula menempatkan kaunter tiket bersepadu, beberapa lot komersial juga, kaunter tempahan teksi, ruang menunggu kereta sewa, serta jejantas lengkap dengan pendingin hawa yang menghubungkan ke pelabuhan feri dan stesen keretapi Butterworth.


Sebanyak 55 lot komersial dan satu astaka makanan dengan reka bentuk modern turut disediakan di tingkat 3 hingga 5.


Di tingkat 5 hingga tingkat 9 pula disediakan 577 tapak parkir demi menggalakkan pengguna kenderaan peribadi bergerak dengan pengangkutan awam bersepadu, mulai dari sini. 



SALAH satu lot komersial yang telahpun dibuka di tingkat 2 Penang Sentral pada 22 November 2018.



RUANG ketibaan atau pelepasan bas di tingkat 1 Penang Sentral.



TERMINAL bas pengantara dan bas ekpress yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan buat para pengunjung di Penang Sentral.


Seorang lagi respons, BATRISJA AHMAD AMINUDDIN, 20, memberitahu, beliau mencuri kesempatan melawat hampir semua bahagian kompleks Penang Sentral yang telahpun dibuka di sini.


Batrisha yang enggan gambar muka disiarkan kepada  khalayak umum, memberitahu beliau masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal.


“Saya ke sini hari ini untuk beli tiket pulang ke kampung di negeri Kelantan.


“Kemudahan di sini sama seperti TBS, tidak perlu beratur lama, kita boleh pilih untuk membeli tiket di kaunter ataupun tempah di mesin kiosk.


“Kalau bas lewat mengikut jadual pun, saya mempunyai banyak pilihan lain untuk terus menanti di kompleks ini, kerana kemudahannya pelbagai dan menarik.


“Sepatutnya di Kelantan, negeri kelahiran saya pun perlu ada kemudahan bersepadu pengangkutan awam seperti di Penang Sentral ini juga.


“Tengok...apabila sesebuah Kerajaan berbelanja lebih untuk menyediakan kemudahan awam sebaik ini, rakyat seperti saya memang sangat riang menggunakan kemudahan awam, kerana saya memang pengguna tegar bas awam,” jelasnya lagi sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan.


Katanya, Penang Sentral adalah satu lagi mercu tanda pembangunan infrasttuktur pengangkutan awam, yang jelas meningkatkan tahap riang dan kualiti keselesaan hidup rakyat terbanyak di negeri ini. _END 4 Disember 2018

Comments

Disqus